Menengah Atas (2022) | Pend. Khas: Pendidikan Jasmani (Tingkatan 4): Perlumbaaan Berhalangan

Tajuk : Pend. Khas: Pendidikan Jasmani (Tingkatan 4): Perlumbaaan Berhalangan
Guru : Sifulamri Sailan
Slot bermula dengan maksud Rekreasi dan kesenggangan (4 contoh aktiviti : Perlumbaan Eksplorasi, Perlumbaan Berhalangan, Permainan Aci Bulat dan Permainan Tiang Empat). Guru memfokuskan kepada satu aktiviti sahaja iaitu Perlumbaan Berhalangan berdasarkan Buku Teks PJPK KSSMPK Tingkatan 4 muka surat 92 dan 93. Guru akan memberikan contoh aktiviti Perlumbaan Berhalangan yang lain sebagai pengetahuan tambahan murid.

Guru akan menerangkan cara bermain dan syarat permainan dengan menunjukkan carta cara bermain dan kemudiannya membuat simulasi permainan serta aktiviti permainan kecil. Guru juga akan mengingatkan tentang tip keselamatan permainan.

Guru akan menutup slot dengan makluman berkaitan rumusan yang boleh diperoleh dari aktiviti ini dan kuiz.

#DidikTV #MenengahAtas

Video thumbnail

Thumbnail: Menengah Atas (2022) | Pend. Khas: Pendidikan Jasmani (Tingkatan 4): Perlumbaaan Berhalangan

ntv7malaysia

Senarai Video

Kongsi video ini ke: