Ketupat Palas | Try Masak | iCookAsia
- iCookAsia
- 00:02:05
Dapatkan resepi penuh Ketupat Palas di: http://www.icookasia.com/ketupat-palas/
Bahan-bahan
500 gm beras pulut ( direndam 1-2 jam)
2 cawan santan pekat
½ cawan gula
¼ cawan isi jagung manis
Sedikit garam
Daun palas yang telah di bersihkan
Air untuk merebus
Cara-cara
1. Mula-mula kukus beras pulut yang telah di rendam sehingga ¾ masak selama 10 hingga 15 minit.
2. Kemudian campurkan santan bersama gula dan garam di dalam mangkuk. Kacau rata sehingga gula sebati. Selepas itu masukkan ke dalam pulut yang telah dikukus tadi bersama isi jagung manis dan digaul rata.
3. Selepas itu, bungkus di dalam daun palas dengan bentuk segitiga dan diikat kemas. Ulang step yang sama sehingga pulut habis.
4. Setelah siap semuanya, didihkan air di dalam periuk dan rebus ketupat palas sehingga masak.
5. Ketupat palas sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!
*Tips: jika tidak suka ketupat manis, tidak perlu dibubuh gula dan jagung. Rendam daun ketupat semalaman untuk mudahkan proses anyaman
Kunjungi website iCook Asia di http://www.icookasia.com untuk resipi-resipi enak kami yang lain.
Follow kami di:
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
Thumbnail: Ketupat Palas | Try Masak | iCookAsia