RBT TINGKATAN 3 KSSM BAB 3 REKA BENTUK DALAM PERNIAGAAN (SIRI 2)

Pengeluar perlu kreatif dalam membuat perancangan yang teliti supaya reka bentuk produk yang dipasarkan memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. Dengan demikian, produk yang dihasilkan mampu memberikan keuntungan yang maksimum. Kita boleh melihat pelbagai pilihan reka bentuk produk di pasaran. Namun, setiap reka bentuk produk tersebut mempunyai keistimewaan tersendiri pada pandangan setiap pengguna. Pemasaran ialah aktiviti perniagaan yang menyalurkan barang dan perkhidmatan daripada pengeluar kepada pengguna. Menurut Philip Kotler, pemasaran ialah satu proses sosial dan pengurusan untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna menerusi proses pertukaran produk dan nilai antara satu sama lain. Dengan kata lain, pemasaran ialah proses atau aktiviti yang dilakukan oleh pihak pengeluar untuk memasar dan menyampaikan maklumat tentang sesuatu produk bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. Sebagai contoh, pengeluar kereta Malaysia, iaitu Proton Holdings Berhad menyampaikan maklumat tentang kereta terbaharu kepada pengguna menerusi aktiviti pemasaran.
#REKABENTUKDANTEKNOLOGI #NOTA #KSSM #TINGKATAN3 #PDPR #BAB3 #REKABENTUKDALAMPERNIAGAAN

Video thumbnail

Thumbnail: RBT TINGKATAN 3 KSSM BAB 3 REKA BENTUK DALAM PERNIAGAAN (SIRI 2)

Cikgu Dess2020

Senarai Video

Kongsi video ini ke: