ERTI KEMERDEKAAN | MomenNegaraku Merdeka2020 kitabantukita

Tugasan AYU Challenge 2. Menghasilkan video Merdeka. Video hasil gabungan video-video pendek rakan youtuber guru malaysia. Terima Kasih yang tidak terhingga buat semua atas sumbangan.

TEKS PENUH
ucapan yang diajar oleh Rasulullah SAW sempena menyambut kemerdekaan ini…
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ
Segala puji hanya milik Allah yang dengan segala nikmatnya segala kebaikan menjadi sempurna.

Ayuh kita hayati Pendapat beberapa Tokoh Berkenaan Kemerdekaan;
• Pendeta Za’ba[2]
menyebut bahawa kemerdekaan ialah “berubah daripada kepercayaan bodoh yang melemahkan akal dan ikhtiar kepada kepercayaan yang cerdik yang membebaskan fikiran; daripada ajaran yang mematikan hati kepada ajaran yang menghidupkan dan menyuburkan dia; daripada i‘tiqad-i‘tiqad yang serong dan terpesong / kepada i‘tiqad yang subur dan merdeka; daripada kezaliman pemerintahan berdasarkan hawa nafsu kepada kesolehan; dan daripada fikiran-fikiran yang menahankan dan menyekat kemajuan kepada fikiran yang membebaskan kemajuan dan menggalakkan kemaraan yang baik-baik dan mulia.”
• Malik Bennabi[3]
pula menjelaskan bahawa perjuangan membebaskan tanah air harus segera disusuli dengan perjuangan memerdekakan minda …….menyedari apalah erti kemerdekaan bumi pertiwi, jika rakyat peribuminya masih tetap berminda anak jajahan. Membangkitkan jiwa merdeka adalah agenda terpenting yang tidak boleh dikompromikan.
• Buya Hamka[4]
Sementara Buya Hamka Dalam bukunya bertajuk Falsafah Hidup, menjelaskan “Kemerdekaan, ialah bahawa engkau rasai dengan perasaan yang jernih, hak yang perlu engkau ketahui, dan waktu itu engkau rasai apa pula kewajipan kepada orang lain.
Engkau merdeka dan bebas mengembangkan sayap, menurutkan kemahuan hati, untuk membuktikan bahawa engkau berhak.
Engkau boleh mengeluarkan apa yang terasa di hatimu, asal engkau hormati pula kemerdekaan orang lain dan engkau bayarkan kewajipan yang diminta oleh masyarakat kepada engkau.”
• Syed Muhammad Naquib al-Attas[5]
Menyebut “kebebasan” dalam tradisi Islam ianya merujuk kepada ikhtiyar dan bukan hurriyyah. Ikhtiyar adalah memilih sesuatu untuk yang lebih baik. Oleh itu, menurut beliau kebebasan adalah berbuat menurut tuntutan sifat-dasarnya yang benar dan selari dengan fitrah insani dan tuntutan ilahi.

https://muftiwp.gov.my/en/artikel/bayan-linnas/3657-bayan-linnas-siri-ke-211-kemerdekaan-marilah-kita-mempertahankannya
SKY LOVER https://www.youtube.com/watch?v=OXUb__I7bKQ&list=PLBQRdFmt_V3rxcjyE0KeeXZSctqB9NCty&index=4
WATERFALL 2 https://www.youtube.com/watch?v=DrU14TlP6b0&list=PLBQRdFmt_V3rxcjyE0KeeXZSctqB9NCty&index=5
ANAK-ANAK MERDEKA https://www.youtube.com/watch?v=V_t0dGdUql8&list=PLBQRdFmt_V3rxcjyE0KeeXZSctqB9NCty&index=10
Merdeka https://www.youtube.com/watch?v=3ml8CnVJNoc&list=PLBQRdFmt_V3rxcjyE0KeeXZSctqB9NCty&index=26
Bunga raya https://www.youtube.com/watch?v=KYkAMkJ_QsI&list=PLBQRdFmt_V3rxcjyE0KeeXZSctqB9NCty&index=70
Awan berarak ceria https://www.youtube.com/watch?v=TN8Y6XFRvYo&list=PLBQRdFmt_V3rxcjyE0KeeXZSctqB9NCty&index=73
Air pancut @ fountain https://www.youtube.com/watch?v=e3T1rTJErx4&list=PLBQRdFmt_V3rxcjyE0KeeXZSctqB9NCty&index=131
Malaysiaku maju https://www.youtube.com/watch?v=74gzxPht4V4&list=PLBQRdFmt_V3rxcjyE0KeeXZSctqB9NCty&index=133
Klcc diambang merdeka https://www.youtube.com/watch?v=03MUGjgJEoU&list=PLBQRdFmt_V3rxcjyE0KeeXZSctqB9NCty&index=136
Kemerdekaan suatu kedamaian https://www.youtube.com/watch?v=KYE4eR2CwfI&list=PLBQRdFmt_V3rxcjyE0KeeXZSctqB9NCty&index=170
Kibaran semangat merdeka https://www.youtube.com/watch?v=NnJY27OGfzU&list=PLBQRdFmt_V3rxcjyE0KeeXZSctqB9NCty&index=196
Kibaran merdeka https://www.youtube.com/watch?v=UTSACdY0k6E&list=PLBQRdFmt_V3rxcjyE0KeeXZSctqB9NCty&index=255
Teratak zaaba https://www.youtube.com/watch?v=ZejA25qtvx4&list=PLBQRdFmt_V3rxcjyE0KeeXZSctqB9NCty&index=392
Mercu tanda Terengganu https://www.youtube.com/watch?v=YRGhROILM-g&list=PLBQRdFmt_V3rxcjyE0KeeXZSctqB9NCty&index=910
Anak merdeka https://www.youtube.com/watch?v=ygKXQjFeW7E&list=PLBQRdFmt_V3rxcjyE0KeeXZSctqB9NCty&index=961
Electric scooter https://www.youtube.com/watch?v=SLArB-edbbI&list=PLBQRdFmt_V3rxcjyE0KeeXZSctqB9NCty&index=1142
Malaysia prihatin lambang Malaysia https://www.youtube.com/watch?v=r8HrQBjodX8&feature=youtu.be
Bunga api hidayati tahir https://www.youtube.com/watch?v=5mN8Cx1Z1Jo&list=PLBQRdFmt_V3rxcjyE0KeeXZSctqB9NCty&index=1129&t=0s
Nikmat kemerdekaan https://www.youtube.com/watch?v=deuskAQOvsw&feature=youtu.be
Malaysia prihatin https://www.youtube.com/watch?v=wPHP0VEcc-g&feature=youtu.be&list=PLBQRdFmt_V3rxcjyE0KeeXZSctqB9NCty

Video thumbnail

Thumbnail: ERTI KEMERDEKAAN | MomenNegaraku Merdeka2020 kitabantukita

rohaizah mohamed sohor

Senarai Video

Kongsi video ini ke: