Kari Ayam Utara | Rasa Masak Challenge 7 Hari Bersama Philips
- Majalah Rasa
- 00:01:52
Hari ni istimewa untuk Rasa Masak Challenge 7 Hari Bersama Philips. Walaupun raya di rumah saja, @dapoq_pdot masak istimewa buat kita Kari Ayam Kampung perghh memang puas makan. Masak pula guna Philips All-In-One Cooker bukan hanya cepat malah sempurna rasa.
Kari Ayam Utara Style
Bahan-bahan:
1 ekor ayam pencen/kampung
Rempah 4 sekawan
1 biji bawang besar saiz besar -dicincang
6 ulas bawang putih - dicincang
3 inci halia - dicincang
3 sudu makan rempah kari basah
2 sudu makan serbuk cili
1 kotak santan
1 sudu kerisik
2 biji ubi kentang- dipotong
Air secukupnya
Gula & garam secukupnya
Daun kari
Cara memasak:
1. Tumis rempah 4 sekawan, daun kari, bahan cincang dan rempah kari basah menggunakan mode sautee.
2. Masukkan ayam, serbuk cili, ubi kentang, kerisik dan santan yang telah dicampur air hingga tenggelam ayam.
3. Masak kari menggunakan mode poultry. Masak hingga ayam empuk lebih kurang 15 minit.
4. Seimbangkan rasa dengan gula dan garam.
5. Sedia untuk dihidang.
#RasaMasakChallengexPhilips
#SyukurBersama
#IndahkanSenyumanEratkanJalinan
@PhilipsHomeLiving.my
Thumbnail: Kari Ayam Utara | Rasa Masak Challenge 7 Hari Bersama Philips