Tahap I (2022) | Bahasa Melayu (Tahun 3): Kenali Kesenian Kita [R]

Tajuk: Bahasa Melayu (Tahun 3): Kenali Kesenian Kita [R]
Guru: Abdul Rani Bin Abdul Rahman
PdP kali ini bertujuan untuk memberikan penerangan kepada murid untuk menulis jawapan pemahaman berdasarkan soalan bercapah daripada bahan maklumat yang diberikan iaitu petikan Kesenian Kita, video ringkas dan gambar rangsangan. Kemahiran yang ditekankan ialah kemahiran menulis berdasarkan S.P 5.1.4 iaitu memahami dan menggunakan kata tugas mengikut konteks; (ii) kata sendi nama. Murid akan menyatakan kata sendi yang diajarkan serta membina ayat menggunakan kata sendi nama yang betul berdasarkan bahan-bahan rangsangan yang diberikan Episod ini berkonsepkan pembelajaran interaktif dengan murid berdasarkan bahan sumber yang disediakan oleh guru yang terdapat dalam buku teks Bahasa Melayu SK dan SJK. Pembelajaran ini melibatkan aktiviti secara individu dan aktiviti berpasangan. Murid akan berinteraksi dengan bahan dan pasangan untuk membina ayat berdasarkan kata sendi yang dikemukakan.

#DidikTV #TahapI

Video thumbnail

Thumbnail: Tahap I (2022) | Bahasa Melayu (Tahun 3): Kenali Kesenian Kita [R]

ntv7malaysia

Senarai Video

Kongsi video ini ke: