Resepi Nasi Goreng Telur | Try Masak | iCookAsia
- iCookAsia
- 00:02:19
Dapatkan resipi penuh Nasi Goreng Telur di: http://www.icookasia.com/nasi-goreng-telur/
Bahan-bahan
4 cawan nasi
3 biji telur
100 gram isi ayam dipotong kecil
100 gram udang dibuang kulit
2 sudu sos tomato
2 ulas bawang merah dipotong halus
2 ulas bawang putih diketuk
1 cm halia dihiris nipis
sedikit serbuk lada sulah
dan sedikit garam
Cara membuat
1. Cara membuatnya, campurkan telur bersama serbuk lada sulah dan garam dan pukul hingga sebati.
2. Panaskan ½ sudu kecil minyak di dalam kuali dan masukkan sebahagian telur yang dipukul tadi. Lenggangkan kuali supaya telur menjadi lebar.
3. Setelah itu, angkat dan masukkan lagi telur tadi. Ulang proses yang sama hingga adunan telur habis.
4. Seterusnya, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih hingga garing dan masukkan bawang merah.
5. Apabila bawang merah layu, masukkan udang dan goreng hingga garing.
6. Selepas itu, angkat dan ketepikan sebentar. Goreng pula ayam.
7. Setelah ayam garing, masukkan sos tomato, gula dan garam.
8. Kacau hingga sebati dan masukkan halia.
9. Masukkan udang tadi, diikuti dengan nasi. Kacau hingga semua bahan sebati.
10. Setelah masak, letakkan sebahagian nasi goreng ke atas telur tadi dan bungkus dengan kemas. Lakukan proses yang sama hingga habis dan nasi goreng telur sedia untuk dihidang.
Kunjungi website iCook Asia di http://www.icookasia.com untuk resipi-resipi enak kami yang lain.
Follow kami di:
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
Thumbnail: Resepi Nasi Goreng Telur | Try Masak | iCookAsia