SIRAH TAHUN 6 | PERJANJIAN HUDAIBIYAH | PELAJARAN 14 | ​​ ​​ #paisk

(Surah Al Fath, Ayat: 27)
HUDAIBIYAH • Ialah sebuah kampung yang terletak berhampiran Kota Mekah • Disitulah berlakunya perjanjian antara umat Islam dengan kafir Quraisy Mekah • Peristiwa ini berlaku pada bulan Zulkaedah tahun ke- 6 hijrah • Dinamakan Perjanjian Hudaibiyah sempena tempat perjanjian tersebut
FAKTOR MENDORONG RASULULLAH DAN SAHABAT KEMBALI KE MEKAH • Rasulullah telah bermimpi mengunjungi Baitullah, bercukur rambut, mengambil anak kunci Baitullah dan wukuf di Arafah • Kedudukan umat Islam sudah kuat setelah umat Islam berjaya mengatasi Musyrikin Quraisy dalam beberapa siri peperangan dan berjaya mengatasi ancaman Yahudi di Madinah
• Kekuatan Iman dan azam umat Islam untuk menziarahi dan menghormati Baitullah • Perasaan rindu yang amat sangat terhadap keluarga, sanak saudara dan tempat kelahiran mereka di Mekah (setelah 6 tahun ditinggalkan)
PERSIAPAN MENGERJAKAN UMRAH • Lebih kurang 1400 membuat persiapan Umrah • Membawa bersama binatang al-Hadyu (unta, lembu, kambing) untuk disembelih di Tanah Haram • Tiada membawa senjata kerana bukan untuk berperang
ZIL HALIFAH Meninjau ke Mekah Mendapati Quraisy Mekah bersiap sedia untuk memerangi umat Islam
Membawa jalan tidak dilalui orang Melalui jalan lekuk, berliku di celah bukit
SETIBANYA DI TSANI’ATUL MARAR • Unta tunggangan Rasulullah berhenti dengan kehendak Allah • Unta itu berjalan menuju perigi kecil dan air perigi itu sangat sedikit tidak mencukupi untuk diminum
Rasulullah menyuruh Budail ibnu Warqa al-Khuza’ei bertemu dengan Quraisy Mekah untuk memberitahu tujuanNya adalah untuk melakukan Umrah bukan untuk berperang
BAI’ATUR RIDHWAN • Sebelum perjanjian Hudaibiyah berlaku Rasulullah mengutuskan Uthman bin Affan ke Mekah, untuk berunding dengan pihak Quraisy Mekah • Beliau ditahan sementara waktu • Khabar angin mengatakan Uthman bin Affan telah dibunuh
• Rasulullah dan rombonganNya telah bermesyuarat dan bersetuju membuat sumpah setia untuk menuntut bela kematian Uthman bin Affan • Sumpah setia ini dinamakan Bai'atur Ridhwan / Bai'atus Syajarah , sempena tempat janji setia itu diadakan di bawah pokok bernama "Ridhwan"
10. (Surah Al Fath, Ayat: 10)
SETIBANYA DI HUDAIBIYAH • Quraisy Mekah mengutuskan pula Suhail ibn Amru • Bertujuan untuk perjanjian damai • Setelah disepakati lalu tertulislah perjanjian tersebut • Perjanjian ini dikenali dengan nama perjanjian Hudaibiyah, sempena tempat termetrinya perjanjian tersebut
HURAIAN PERJANJIAN HUDAIBIAH • Genjatan senjata antara kedua-dua pihak selama 10 tahun • Umat Islam tidak boleh mengerjakan Haji pada tahun itu tetapi dibenarkan pada tahun hadapan dengan syarat tidak membawa peralatan perang dan berada di Mekah tidak lebih daripada 3 hari • Orang Mekah yang memasuki Madinah tanpa kebenaran keluarganya, hendaklah dihantar pulang ke Mekah walaupun telah memeluk Islam
• Jika orang Madinah datang ke Mekah tidak perlu dihantar pulang ke Madinah • Kedua pihak tidak boleh mencuri mengkhianati dan memungkir janji • Kedua pihak tidak boleh membantu mana- mana kaum yang bersengketa berperang
• Orang Islam Madinah dan orang Quraisy Mekah dibenarkan membuat perjanjian damai dengan mana-mana kaum • Pada dasarnya perjanjian ini berat sebelah, ramai dikalangan para sahabat yang tidak bersetuju dengan perjanjian itu tetapi demi mentaati pemimpin, mereka akur. Hal ini dalam jangka masa panjang, telah memberi banyak faedah kepada umat Islam
KESAN-KESAN PERJANJIAN HUDAIBIAH • Perjanjian Hudaibiah merupakan pengiktirafan rasmi kaum Quraisy terhadap Rasulullah, umat Islam serta kewujudan sebuah negara Islam • Persetujuan mengadakan gencatan senjata telah digunakan oleh Rasullullah untuk menyebarkan dakwah
• Dakwah Islam disebarkan kepada raja Parsi, Habsyah, Mesir. Islam juga disebarkan di Mekah dan luar mekah • Ramai orang Quraisy telah memeluk Islam termasuk panglima Quraisy yang terkenal iaitu Khalid al-Walid
Memberi peluang kepada orang Islam bergaul bebas dengan kabilah-kabilah arab dan menyebarkan Islam kepada mereka • Telah membuka jalan kepada pembebasan Mekah daripada orang Quraisy
• Orang Islam dan orang Quraisy dapat berinteraksi antara satu sama lain • Membuka peluang kepada umat Islam Madinah untuk menyusun strategi untuk membebaskan Mekah dari cengkaman jahiliyah • Dapat menghindar dan mengelakkan pertumpahan darah antara kedua pihak • Ramai orang kafir Quraisy memeluk agama Islam secara terang
HIKMAH PERJANJIAN HUDABIAH • Dengan adanya perjanjian ini maka secara tidak langsung pihak kafir Quraisy telah mengakui kewujudan dan kekuatan kerajaan Islam Madinah • Hasil daripada perjanjian ini jugalah umat Islam bertambah dan keimanan umat Islam dapat dimantapkan melalui majlis ilmu dan dialog bersama-sama Rasulullah dan sahabat
• Terhindar pertumpahan darah antara orang Islam dan Musyrikin Quraisy • Faktor utama pembukaan Kota Mekah • Orang Islam dan Musyrikin Quraisy bebas berinteraksi • Orang Islam bebas berdakwah • Ramai kaum Quraisy memeluk Islam secara terang-terangan

Video thumbnail

Thumbnail: SIRAH TAHUN 6 | PERJANJIAN HUDAIBIYAH | PELAJARAN 14 | ​​ ​​ #paisk

rohaizah mohamed sohor

Senarai Video

Kongsi video ini ke: