Kuih Tepung Bungkus | Try Masak | iCookAsia

Dapatkan resepi penuh Kuih Tepung Bungkus di: http://www.icookasia.com/kuih-tepung-bungkus/

Bahan-bahan

½ biji kelapa muda parut
1 ketul gula melaka
Air secukupnya
1 helai daun pandan
1 cawan tepung beras
2 cawan santan
½ sudu kecil garam
4 sudu besar tepung pulut
Daun pisang dan lidi secukupnya

Cara membuat

1. Untuk menyediakan inti, mula-mula masukkan gula Melaka, daun pandan dan sedikit air ke dalam kuali, didihkan sehingga gula cair sambil dikacau selalu.

2. Setelah gula cair, masukkan kelapa parut dan kacau rata sehingga sebati dan kering. Tutup api dan ketepikan dahulu

3. Untuk menyediakan dohnya pula: mula-mula campurkan tepung pulut bersama air. Kacau rata dan ketepikan dahulu

4. Kemudian campurkan tepung beras bersama santan dan garam. Kacau rata di dalam mangkuk. Setelah itu masak di atas api sehingga separuh masak menggunakan api yang kecil

5. Ambil sedikit dan letakkan di atas daun pisang

6. Selepas itu, ambil sedikit doh pulut, gentel menjadi bulat dan leperkan. Masukkan 1 sudu inti kelapa dan bentukkan menjadi bulat seperti bebola

7. Letakkan di atas doh tepung beras tadi dan bungkus menggunakan daun pisang dengan kemas. Sematkan dengan lidi supaya tidak mudah terbuka

8. Akhir sekali kukus di dalam periuk pengukus selama 20 minit dan tepung bungkus sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!

Kunjungi website iCook Asia di http://www.icookasia.com untuk resipi-resipi enak kami yang lain.

Follow kami di:

Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
Twitter: https://twitter.com/icookasia

Video thumbnail

Thumbnail: Kuih Tepung Bungkus | Try Masak | iCookAsia

iCookAsia

Senarai Video

Kongsi video ini ke: