Kuey Teow Ladna | Try Masak | iCookAsia
- iCookAsia
- 00:02:15
Dapatkan resepi penuh Kuey Teow Ladna di: http://www.icookasia.com/kuey-teow-ladna/
Bahan-bahan
1/2 bungkus kuey tiow
5 ekor udang (dibuang kulit dan kepala)
1 isi sotong (dihiris)
1 keping isi ayam (dihiris kecil_
1 batang lobak merah(dihiris)
3 tangkai kobis cina
1 biji tomato(potong 4)
3 biji cili merah dihiris
1 biji telur putih sahaja
1 biji bawang merah (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
Sedikit lada hitam (dikisar halus)
2 sudu sos tiram
2 sos tomato
2 sudu minyak masak
Garam secukup rasa
Sedikit tepung jagung dibancuh dengan sedikit air (untuk memekat kuah)
Cara-cara
1.Mula-mula celur kuey teow dengan air panas dan asingkan dahulu.
2. Kemudian Panaskan minyak didalam kuali dan tumiskan bawang merah serta bawang putih sehingga wangi
2.Selepas itu masukkan ayam,udang dan sotong - kacau rata
3. Masukkan juga air, sos tiram,sos tomato,lada hitam dan lobak merah
4. Apabila mendidih,masukan sayur,kuey tiow dan telur putih. Kacau rata.
5.Akhir sekali Masukkan sedikit tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air.
6. Letakkan kuey teow di dalam pinggan dan curahkan kuah. Kuey Teow ladna Sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!
Kunjungi website iCook Asia di http://www.icookasia.com untuk resipi-resipi enak kami yang lain.
Follow kami di:
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
Thumbnail: Kuey Teow Ladna | Try Masak | iCookAsia