Prasekolah (2022) - Klip | Bahasa Melayu: Hidupan Laut - Perkataan VKV

Tajuk: Bahasa Melayu: Hidupan Laut - Perkataan VKV
Guru: Alfian Mansor
Episod ini akan memberi pendedahan dan pengetahuan kepada murid berkaitan kemahiran membaca (BM 2.0). Episod ini dibahagikan kepada dua slot, iaitu teras dan bertema. Slot teras akan menerangkan tentang kemahiran membaca perkataan dengan suku kata terbuka dan tertutup yang memberi fokus kepada suku kata terbuka (VKV) seperti api, ibu, ubi, aki, emu, dll. Manakala slot kedua pula berkisar tentang pembelajaran bertema, iaitu hidupan laut. Dalam slot ini, murid diperkenalkan dengan pelbagai jenis hidupan di laut.

#DidikTV #PraSekolah

Video thumbnail

Thumbnail: Prasekolah (2022) - Klip | Bahasa Melayu: Hidupan Laut - Perkataan VKV

ntv7malaysia

Senarai Video

Kongsi video ini ke: