Resepi Roti John | Try Masak | iCookAsia

Dapatkan resepi penuh Roti John di: http://www.icookasia.com/roti-john/

Mencari kuali dan peralatan memasak? Dapatkannya disini: http://ho.lazada.com.my/SHcKCm

Bahan-bahan

250gm daging cincang
1 biji bawang besar – dicincang
3 ulas bawang putih – dicincang
1 sudu kecil serbuk kari
3 sudu besar minyak
Sedikit garam dan lada sulah
Sedikit marjerin
3 biji telur
6 keping roti
Sos cili dan mayonis secukupnya

Cara membuat

1. Mula-mula panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan daging cincang, serbuk kari, garam dan lada sulah. Kacau rata

2. Setelah itu, tuangkan ke dalam mangkuk dan pecahkan telur. Pukul sebentar sehingga rata.

3. Panaskan sedikit marjerin di dalam kuali dan tuangkan daging cincang tadi. Kemudian letakkan roti di atasnya. Terbalikkan roti selepas 2 minit dan biarkan sebentar

4. Hiaskan dengan sos dan mayonis. Jika mahu tambahkan tomato dan timun. Roti john sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!

Kunjungi website iCook Asia di http://www.icookasia.com untuk resipi-resipi enak kami yang lain.

Follow kami di:

Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
Twitter: https://twitter.com/icookasia

Video thumbnail

Thumbnail: Resepi Roti John | Try Masak | iCookAsia

iCookAsia

Senarai Video

Kongsi video ini ke: