Tahap I (2022) | Sains (Tahun 2): Campuran

Tajuk: Sains (Tahun 2): Campuran
Guru: Muhammad Shukry Supaat
Episod sains ini melaksanakan proses pembelajaran secara interaksi dengan bahan tentang pelbagai jenis campuran bahan dan kaedah untuk mengasingkan campuran tersebut. Guru akan membantu murid menguasai topik ini dengan menentukan jenis campuran bahan dan seterusnya mengemukakan idea apakah kaedah yang paling sesuai digunakan untuk mengasingkan bahan yang terdapat dalam sesuatu campuran tersebut.

Seterusnya guru akan menjalankan beberapa aktiviti mengasingkan campuran menggunakan kaedah menyisih bagi mengasingkan bahan yang bersaiz besar, kaedah menggunakan magnet untuk mengasingkan bahan magnet daripada pasir, kaedah menuras bagi mengasingkan bahan pepejal yang tidak terlarut daripada bahan cecair dan kaedah mengayak untuk mengasingkan bahan bersaiz kecil daripada bahan bersaiz besar. Murid juga akan belajar tentang kaedah mengapung melalui penerangan guru secara terperinci

Selain itu, penerangan dan perbincangan interaktif dengan melibatkan aktiviti memadan dan aktiviti eksperimen pengesahan ringkas tentang bahan boleh larut.

#DidikTV #TahapI

Video thumbnail

Thumbnail: Tahap I (2022) | Sains (Tahun 2): Campuran

ntv7malaysia

Senarai Video

Kongsi video ini ke: