Salasilah Bahasa Melayu #02 #BMSTPM #Semester1
- Cikgu Norshima Shima
- 00:22:26
Video PdPc kali ini menjelaskan salasilah bahasa Melayu dengan menekankan aspek filum, rumpun, keluarga dan subkeluarga. Dalam video ini turut dijelaskan filum, rumpun, keluarga dan subkeluarga berserta anggaran usia setiap bahasa. Bahasa Melayu tergolong dalam rumpun Austronesia setelah mengambil kira teori kedatangan orang Melayu yang dikatakan berasal dari Yunan. Dalam teori atau hipotesis yang dikemukakan oleh pengkaji bahasa, teori ini percaya bahasa kelompok Autronesia ini datang dalam dua gelombang dan membawa bersama bahasa Melayu dan tersebar dalam rumpun Nusantara. Austronesia yang dimaksudkan ini pula terbahagi kepada dua iaitu Austronesia Barat dan Autronesia Timur.
Sumber rujukan :
1. Teks Fokus Peperiksaan STPM Bahasa Melayu Semester 1.
Thumbnail: Salasilah Bahasa Melayu #02 #BMSTPM #Semester1