Resepi Garlic Bread Grilled Cheese
- Seismik Makan
- 00:01:24
Hidangan Garlic Bread Grilled Cheese ini memang sesuai untuk dijadikan snek lewat malam yang lazat kerana resepi ini hanya menggunakan bahan-bahan asas dapur yang anda sudah ada di pantri.
Apa yang menarik tentang resepi ini ialah roti ini dibakar sehingga crispy dan bawang putih menjadi aromatik. Manakala tambahan keju mozarela di antara dua roti pula membuatkan sandwic ini lembut sekali. Memang layan!
----
Dapatkan pelbagai lagi resipi-resipi lazat & ringkas di sini:
'Like' kami di Facebook: https://bit.ly/smakanfb
'Follow' kami di Instagram: http://bit.ly/smakaninsta
-----
RESEPI PENUH GARLIC BREAD GRILLED CHEESE
Bahan-Bahan:
- 3 ulas bawang putih
- 50 gram mentega, suhu bilik
- 1/2 sudu besar daun parsley
- garam secukup rasa
- lada hitam secukup rasa
- 4 keping roti
- 4 keping keju mozarela
Cara:
1. Tumbukkan 3 ulas bawang putih di dalam lesung batu sehingga lumat.
2. Tambahkan secubit garam dan tumbuk sehingga menjadi pes.
3. Tambahkan 50 gram mentega dan gaul. Masukkan garam dan lada hitam secukup rasa, 1/2 sudu besar daun parsley dan gaul sehingga sebati.
4. Sapukan campuran mentega kepada roti sehingga rata.
5. Masakkan pada api yang sederhana sehingga keperangan.
6. Letakkan 4 keping keju mozarela, masak sehingga cair dan terbalikkan.
7. Garlic Bread Grilled Cheese sudahpun siap! Jangan lupa untuk tarik cheese sepanjang mungkin!
-----
Kredit
Muzik:
Youtube
Kru:
Producer - Aisya Khairain
Videographer & Editor - Shin Ling Eyu
Thumbnail: Resepi Garlic Bread Grilled Cheese