PANDUAN DEFINISI SECARA OPERASI( DSO) SAINS SPM

Ramai di antara murid masih lemah untuk menjawab soalan DSO (DEFINISI SECARA OPERASI). Mungkin mereka tidak berapa faham tentang cara menjawab DSO.
Definisi Secara Operasi ialah memberi takrifan kepada pembolehubah dengan memerihalkan secara spesifik dan jelas tentang cara untuk memerhati dan mengukur perubahan yang berlaku ke atas pembolehubah itu.DSO - kena ada Do (apa yang kita buat ) dan Observe.. (apa yang kita perhatikan) biasanya observe kita alat ataupun RV.. Cara tulis jawapan DSO : ➡️[Soalan] ialah bhn/proses/keadaan/prinsip yg ditunjukkan oleh...... (Rujuk p/ubah gerak balas)....Dso yg melibatkan rv tak nampak spt inersia, momentum, kekonduksian elektrik, kekonduksian haba kita guna
...........ialah keadaan yg ditunjukkan oleh ...rv nampak( keputusan eksp)...
CONTOH-CONTOH MENULIS DSO
• Logam ialah bahan yang …………..
• Antibiotik ialah bahan/cecair yang …………………………..
• Asid ialah bahan/cecair yang ………………
• Bakteria ialah mikroorganisma yang
• …………………………….
• Plastik termoset ialah plastik yang……
• Getah tervulkan ialah getah yang……
• Logam reaktif ialah
• logam yang …………
• Prinsip Archimedes ialah
• prinsip yang……………….
• Daya tujah ialah daya yang ………………….
• Tekanan ialah keadaan yang ditunjukkan oleh ………………………
• Momentum ialah keadaan yang ditunjukkan oleh………………..
• Kekonduksian elektrik ialah keadaan yang ditunjukkan oleh….
• Kekonduksian haba ialah keadaan yang ditunjukkan oleh…………..
• Kereaktifan logam ialah tindakbalas yang ditunjukkan oleh………
• Pertumbuhan bakteria ialah proses yang……….
• Penapaian ialah proses yang………..
• Pembiakan mukor ialah proses yang …………………….
• Nilai kalori makanan ialah nilai yang ditunjukkan oleh………

🔰Contoh2 Definisi Secara Operasi (DSO) Sains Teras SPM🔰
✏️ Kekonduksian haba ialah keadaan yg ditunjukkan oleh masa yg diambil utk paku tekan jatuh.
✏️ Daya tujah ialah daya yg ditunjukkan oleh berat air yang disesarkan.
✏️ Inersia ialah keadaan yg ditunjukkan oleh masa yg diambil utk baldi/tin berhenti berayun.
✏️ Prinsip Bernoulli ialah prinsip yg ditunjukkan oleh ketinggian paras air dlm tiub Bernoulli/ tak sekata.
✏️ Prinsip Bernoulli ialah prinsip yang ditunjukkan oleh tinggi turus air yang berbeza.
✏️ Bahan logam ialah bahan yang menyebabkan mentol menyala.
✏️ Asid ialah bahan yang menyebabkan lateks menggumpal.
✏️ Bahan ion ialah bahan yang menunjukkan bacaan ammeter dalam keadaan leburan tetapi tidak dlm keadaan pepejal.
✏️ Aloi ialah bahan yg tidak berubah warna apabila direndam dalam larutan natrium klorida selepas beberapa hari.
✏️ Aloi ialah bahan yg tidak berubah bentuk apabila dikenakan daya/ diketuk.
✏️ Bakteria ialah mikroorganisma yang menyebabkan kekeruhan bubur nutrien/ menghasilkan banyak tompok putih atas agar nutrien pada suhu 37 darjah Celsius
✏️ Pertumbuhan bakteria ialah proses yg menyebabkan bubur nutrien menjadi keruh.
✏️ Getah tervulkan ialah bahan yg kembali kepada panjang asal selepas pemberat dialihkan.
✏️ Penisilin ialah bahan yang menghasilkan kawasan jernih.
✏️ Antibiotik ialah bahan yg menghasilkan kawasan jernih.
✏️ Penapaian ialah proses yang menyebabkan kekeruhan air kapur.
✏️ Larutan kultur lengkap ialah larutan yang menyebabkan daun/akar anak benih menjadi banyak.
✏️ Warna sekunder ialah warna yg terhasil daripada pertindihan dua warna primer.
✏️ Fotosintesis ialah proses yg membebaskan gas oksigen dalam kehadiran cahaya.
✏️ Logam reaktif ialah bahan/ logam yg menghasilkan lebih banyak gelembung2 gas.
✏️ Kereaktifan logam ialah tindak balas yg ditunjukkan oleh kecerahan nyalaan pd logam.

2010
T4 No. 2 :
Mengkaji ketahanan aloi keluli terhadap pengaratan Berdasarkan eksperimen ini, nyatakan definisi secara operasi bagi aloi.
1. Aloi ialah bahan yang tidak terkakis / berkarat
* Skema tambahan
2. Aloi ialah jirim / logam / objek / benda/ campuran / sebatian yang tahan kakisan
2010
T5 No. 4 :
Mengkaji Prinsip Bernoulli
Berdasarkan eksperimen ini, nyatakan definisi secara operasi bagi Prinsip Bernoulli.
1. Prinsip Bernoilli ialah prinsip yang menerangkan / mempengaruhi / menyebabkan / menunjukkan perbezaan aras air di dalam tiub
* Skema tambahan
2. Prinsip Bernoilli ialah sesuatu / konsep / kenyataan / fenomena / teori / keadaan yang menerangkan / mempengaruhi /
menyebabkan / menunjukkan perbezaan aras air di dalam tiub
* Tolak: proses
Semoga bermanfaat untuk semua❤️❤️❤️❤️

#kitabantukita
#SainsSPM
#definisisecaraoperasi
#gurusains
#sains
#Contoh2DefinisiSecaraOperasi
#GuruLiterasiDigital
#GoogleClassroom
#calonSPM
#VideoTrailer
#kitajagakita
#AkademiYoutuber
#cikgootube

Video thumbnail

Thumbnail: PANDUAN DEFINISI SECARA OPERASI( DSO) SAINS SPM

Cikgu Dess2020

Senarai Video

Kongsi video ini ke: