TEKNIK MENULIS 5 AYAT LENGKAP (PENULISAN BAHAGIAN A)
- LinnZack
- 00:23:13
TEKNIK MENULIS 5 AYAT LENGKAP (PENULISAN BAHAGIAN A)
Sesuai untuk SK DAN SJK
Untuk Murid Tahun 3 hingga tahun 6
Moga bermanfaat
LINK VIDEO
https://youtu.be/JEkQ1xtOlU8
Link LATIHAN BIJAK PENULISAN
BINA 5 AYAT BERDASARKAN GAMBAR
https://forms.gle/hbtFQzN1xN4c1tXa7
Teknik Menulis Ayat Berdasarkan Gambar
PENULISAN BAHAGIAN A
TULIS LIMA AYAT BERDASARKAN GAMBAR
Syarat-syarat perlu ada :
1. Digalakkan menulis nombor 1, 2, 3, 4 dan 5.
2. Idea mesti menepati bahan grafik.
3. Ayat hendaklah menggambarkan perkara yang
sedang berlaku.
4. Ada watak/pelaku. Boleh guna nama orang, kata
bilangan - beberapa, dua orang.
5. Aktiviti-aktiviti gunakan kata kerja.
6. Ada huraian.
7. Mula membina ayat pada gambar di hadapan
dahulu.
8. Bina satu aktiviti sahaja dalam satu ayat. Galakkan
tulis ayat gramatis.
9. Bilangan perkataan sekurang-kurangnya 8 hingga 12
patah perkataan supaya mendapat pengskoran
cemerlang.
10. Bilangan ayat diambil kira. ( 5 ayat sahaja).
Jika tulis lebih daripada lima ayat –
impression turun, markah akan dipotong.
11. Satu ayat satu titik. (Dalam satu nombor ada dua
titik maka dikira telah wujud dua ayat.)
12. Jangan tulis ayat yang berbentuk cerita. Jangan
gunakan penanda wacana.
Thumbnail: TEKNIK MENULIS 5 AYAT LENGKAP (PENULISAN BAHAGIAN A)