Resepi Cheesy Nasi Goreng Kimchi | Cheesy Kimchi Fried Rice Recipe | Seismik Makan
- Seismik Makan
- 00:01:24
Siapa suka nasi goreng dan makanan Korea wajib try masak resepi Cheesy Nasi Goreng Kimchi kami ni! Super simple nak buat & sangat memuaskan! 😋
_____
Resepi Penuh
Bahan-bahan
- 1 sudu besar minyak
- 2 biji bawang merah
- 200 gram ayam
- 1 1/2 cawan kimchi
- 3 cawan nasi
- 3 sudu besar pes chili gochujang
- 1 sudu kecil minyak bijan
- 1/4 cawan jus kimchi
- 1 cawan keju mozarella
Cara
1. Dalam kuali yang telah dipanaskan, masukkan 1 sudu minyak dan gorengkan 2 biji bawang merah sehingga wangi.
2. Masukkan 200 gram ayam dan goreng sehingga warna bertukar menjadi keperangan. Masukkan 1 1/2 cawan kimchi dan gaul seketika.
3. Masukkan 3 cawan nasi putih, 3 sudu besar pes chili gochujang, 1 sudu kecil minyak bijan dan 1/4 cawan jus kimchi. Gaul sehingga rata.
4. Tolak nasi goreng ke tengah kuali dan taburkan 1 cawan keju mozarella di keliling kuali. Biarkan cair.
5. Cheesy Nasi Goreng Kimchi sudahpun siap untuk dihidang!
_____
Kredit
Muzik:
Artlist.io
Kru:
Producer - Ihsan Ihsani
Videographer & Editor - Shin Ling Eyu
Thumbnail: Resepi Cheesy Nasi Goreng Kimchi | Cheesy Kimchi Fried Rice Recipe | Seismik Makan