Resepi Kuih Kosui | iCookAsia
- iCookAsia
- 00:02:31
Tak kira digelar kuih kaswi atau kuih kosui, ianya tetap digemari ramai. Tak susah pun nak buat :)
Bahan-bahan
240gm gula merah
120gm gula pasir
250ml air
1 helai daun pandan
210gm tepung gandum
2 sudu besar tepung ubi
625ml air
Kelapa parut diambil putih sahaja
Sedikit garam
Cara membuat
1. Mula-mula masukkan gula merah, gula pasir, air dan daun pandan ke dalam periuk. Didihkan sehingga sebati dan menjadi sirap gula.
2. Kemudian campurkan tepung gandum, tepung ubi, air, garam dan sirap gula yang telah cair tadi ke dalam mangkuk. Kacau rata sehingga sebati.
3.Susun acuan di dalam periuk pengukus dan tuangkan adunan ke dalamnya. Kukus selama 1 jam. Untuk mendapatkan kuih kosui yang cantik, panaskan sebentar periuk pengukus sebelum mula mengukus adunan.
5. Setelah masak, golekkan ke dalam kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam. Kuih kosui sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!
Kunjungi website iCook Asia di http://www.icookasia.com untuk resipi-resipi enak kami yang lain.
Follow kami di:
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
#kuih #kosui #kaswi
Thumbnail: Resepi Kuih Kosui | iCookAsia