Resepi Biskut Semperit | Try Masak | iCookAsia | Biskut Raya

Antara biskut tradisional kegemaran ramai waktu Hari Raya!

Dapatkan resipi penuh Biskut Semperit di: http://www.icookasia.com/biskut-semperit-2/

Bahan-bahannya:

250g mentega
90g gula kastor
1 biji kuning telur
260g tepung gandum
120g tepung jagung
50g tepung kastard
2 sudu besar susu segar
½ sudu kecil esen vanilla
¼ sudu kecil garam halus
Ceri/Chocolate coloured rice sbg topping

Cara membuat

1. Pertama sekali, pukul mentega, gula kastor dan garam sehingga kembang dan putih.

2. Apabila kembang, masukkan kuning telur dan esen vanilla. Pukul lagi sehingga sebati.

3. Kemudian, masukkan susu segar, tepung gandum, tepung jagung dan tepung kastard.

4. Pukul sehingga rata dan sebati.

5. Masukkan doh ke dalam acuan samperit dan paipkan sehingga menjadi bentuk bunga.

6. Letakkan chocolate coloured rice/ceri ke atas biskut.

7. Akhir sekali, bakar pada suhu 150°C selama 15-20minit sehingga masak.

Kunjungi website iCook Asia di http://www.icookasia.com untuk resipi-resipi enak kami yang lain.

Follow kami di:

Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
Twitter: https://twitter.com/icookasia

Video thumbnail

Thumbnail: Resepi Biskut Semperit | Try Masak | iCookAsia | Biskut Raya

iCookAsia

Senarai Video

Kongsi video ini ke: