Tahap II (2022) | Reka Bentuk Dan Teknologi (Tahun 5): Bercahaya, Berbunyi, Bergerak. Apa Itu? [R]
- ntv7malaysia
- 00:45:01
Tajuk: Reka Bentuk Dan Teknologi (Tahun 5): Bercahaya, Berbunyi, Bergerak. Apa Itu? [R]
Guru: Mohd Khairulnashrun Zainudin
Episod ini akan menjelaskan mengenai persediaan dalam membina atur cara yang dikehendaki iaitu atur cara yang boleh mengeluarkan cahaya, bunyi dan pergerakan. Persediaan yang perlu murid lakukan adalah dengan menyediakan carta alir perkara yang dinyatakan tadi. Guru akan menerangkan bagaimana hendak menggunakan perisian pengaturcaraan untuk menghasilkan atur cara yang boleh mengeluarkan cahaya, bunyi dan pergerakan dengan menggunakan papan mikropengawal. Setelah pembangunan atur cara telah dibuat, guru akan membuat simulasi pemasangan perkakasan untuk menguji atur cara yang telah dibina. Murid secara tidak langsung dapat mempelajari proses pembangunan pengaturcaraan dalam papan mikropengawal.
#DidikTV #TahapII
Thumbnail: Tahap II (2022) | Reka Bentuk Dan Teknologi (Tahun 5): Bercahaya, Berbunyi, Bergerak. Apa Itu? [R]