KOLEKSI PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK (PBL)SAINS TINGKATAN 3( TAJUK: CARA MENJIMATKAN ELEKTRIK )
- Cikgu Dess2020
- 00:02:47
Sebagai mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berkuat kuasa, kita semua dikehendaki berada di rumah masing-masing bagi memutuskan rantaian COVID-
19. Namun, keadaan ini menyebabkan penggunaan tenaga elektrik di rumah meningkat dengan ketara. Sebagai seorang murid yang kreatif, anda mengambil inisiatif untuk menghasilkan satu video ringkas bertajuk cara-cara menjimatkan penggunaan elektrik di rumah. Teruskan bacaan anda untuk projek ini.
VIDEO CARA-CARA MENJIMATKAN PENGGUNAAN ELEKTRIK DI RUMAH
1. Murid-murid boleh menggunakan apa sahaja aplikasi (apps) rakaman video atau media sosial seperti Tik Tok untuk menghasikan video:
a. dengan durasi (duration) maksimum ialah 2 minit sahaja.
b. menceritakan kaedah-kaedah menjimatkan penggunaan elektrik di rumah dan huraiannya.
c. murid perlu menjadi suara latar atau pelakon utama dalam video ini.
2. Murid-murid boleh menggunakan bantuan atau bimbingan ahli keluarga masing-masing dalam penghasilan video ini.
3. Murid perlu menghantar video ini kepada guru Sains Pn Dessey (secara PM TELEGRAM) sebelum
Jumaat, 09 Julai 2021.
4. Masa PDPR Sains atau masa lain yang bersesuaian perlu digunakan sebaik mungkin untuk menyelesaikan tugasan ini.
5. Penilaian markah bergantung kepada beberapa aspek, iaitu:
a. fakta dan huraian
b. kreativiti
c. kemahiran komunikasi
6. Projek ini adalah sebahagian daripada kepelbagaian instrumen Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang menyumbang markah kepada prestasi murid dalam memahani kandungan pelajaran.
Untuk kurangkan bayaran bil elektrik, kenalah kurangkan dan jimatkan penggunaan tenaga elektrik. Jadi, dengan tahu cara jimat elektrik yang betul, maka perbelanjaan bulanan dapat dikurangkan dan akan membantu memperbaiki aliran tunai ke arah lebih baik. Perkara asas yang paling penting untuk pastikan tidak berlaku pembaziran elektrik secara berlebihan, pastikan peralatan elektrik yang digunakan adalah sesuai dari segi spesifikasi saiz, kapasiti, kuasa dan penggunaan tenaganya. Misalnya, gunakan pendingin hawa dengan kuasa yang optimum dengan saiz ruang.
Thumbnail: KOLEKSI PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK (PBL)SAINS TINGKATAN 3( TAJUK: CARA MENJIMATKAN ELEKTRIK )