Pecutan Akhir Perakaunan Semester 1/U1 2024 #Analisis STPM S1/U1 #Tips teknik menjawab #Topikpenting

Perakaunan STPM mempunyai 18 topik yang perlu dipelajari dalam tiga semester bagi pelajar tingkatan 6. Setiap semester akan mempelajari 6 topik. Semester 1 mula dengan topik 1 hingga 6, Semester 2 pula sambung topik 7 hingga 12, manakala Semester 3 terdiri daripada 6 topik, iaitu topik 13 hingga 18. Perakaunan STPM Semester 1/U1 terdapat 6 bab yang merangkumi topik Asas perakaunan kewangan, Aset, Liabiliti, Koperasi, Rekod Tak Lengkap dan Kawalan Dalaman. Enam topik ini lebih fokus kepada perakaunan kewangan bagi barang-barang perkilangan dan perkhidmatan, kebiasaanya ialah milikan tunggal. Topik-topik semester 1 ini lebih berfokus asas/prinsip perakaunan, kitaran perakaunan dari buku catatan pertama/jurnal, lejar, Imbangan duga, pelarasan, penyata kewangan dan catatan penutupan. Selain itu, anda perlu membezakan jenis-jenis aset, terutamanya tunai, akaun belum terima, Inventori dan aset bukan semasa , termasuk cara susut nilai dan pelupusan aset. Bagi topik Liabiliti, anda perlu membezakan liabiliti semasa, liabiliti bukan semasa/jangka panjang dan liabiliti luar jangka. Bagi topik koperasi dan rekod tak lengkap, pelajar-pelajar perlu mahir menyediakan penyata kewangan. Dan topik akhir, kawalan dalaman pula adalah cara atau prinsip yang perlu diamalkan untuk mengelakkan kehilangan atau penyelewengan aset berlaku. Di sini, cikgu berkongsi soalan peperiksaan percubaan kolej tingkatan enam cikgu sebagai PECUTAN AKHIR PERAKAUNAN SEMESTER 1/U1 2024 bagi video ini. Sila tonton, like, share and subscribe sebagai tanda sokongan. Terima kasih.


Video-video lain semester 1/U1 boleh menonton melalui pautan playlist di bawah.
LIVE SEM1/U1 KOLABORASI PERAKAUNAN T6
https://www.youtube.com/playlist?list=PLizA3RnwMA8zVnp9pj6I8DeYaXAAFSu1q

Kelas LIVE Topik Liabiliti
https://www.youtube.com/watch?v=BcrkmRQqZTc&t

Kelas LIVE Topik Rekod Tak Lengkap
https://www.youtube.com/watch?v=BcrkmRQqZTc&t
Kelas LIVE Ulangkaji Rekod Tak Lengkap
https://www.youtube.com/watch?v=WLG2iVv2JXg&t

Semoga guru dan pelajar mendapat manfaat dan dapat berkongsi kepada lebih ramai pelajar yang memerlukannya. Semoga semua pelajar perakaunan dapat lulus peperiksaan STPM dengan cemerlang dan gemilang.
Good luck and all the best!
Never Give Up!

Video thumbnail

Thumbnail: Pecutan Akhir Perakaunan Semester 1/U1 2024 #Analisis STPM S1/U1 #Tips teknik menjawab #Topikpenting

Mei Har Yee

Senarai Video

Kongsi video ini ke: