Resipi Maggi Mi Kari Udang | Creamy Shrimp Maggi Kari Recipe | Seismik Makan

'Level-Up' Maggi Kari anda dengan menghasilkan resipi Maggi Mi Kari Udang Istimewa kami ini. Hidangan ini sangat padu dengan isi udang panggang, sayur kailan segar dan juga kuah kari santannya yang sangat berkrim. Memang layan!

---

RESIPI PENUH:

Bahan-bahan:

Udang:
- 7 ekor udang
- 1 ulas bawang putih (dicincang)
- 1 sudu besar kicap cair
- 1 sudu kecil lada hitam
- 1/2 cili merah (dihiris)
- 1 sudu kecil gula perang

MAGGI Mi Kari:
- 1 pek Maggi Kari 2-minit
- 360ml air
- 1/4 biji lada benggala
- 5 keping sayur kailan (dicelur)
- 1/4 cawan santan
- Daun ketumbar (dihiris)
- 1 telur rebus (untuk dihidang bersama)

Cara:

1. Di dalam mangkuk, gaul udang bersama bawang putih, gula perang, kicap air, cili merah dan lada hitam. Perap 5 minit.
2. Di dalam periuk, rebuskan satu pek MAGGI Mi Kari (tanpa perencah) selama 2 minit. Kemudian, tapiskan dan celup dalam air sejuk.
3. Di dalam periuk asing, panaskan satu sudu minyak dan panggangkan udang sehingga masak dan garing. Ketepikan.
4. Dalam periuk yang sama, masukkan 360ml air dan perencah kari Maggi. Kemudian, masukkan sayur kailan dan lada benggala merah.
5. Masukkan santan dan renehkan seketika.
6. Maggi Kari Udang siap untuk dinikmati bersama udang panggang, telur rebus dan hirisan daun ketumbar!

---

Muzik:
marmosetmusic.com

Kru:
Producer & Chef - Ihsan Ihsani
Videographer & Editor - Shin Ling Eyu

---

Dapatkan pelbagai lagi resipi-resipi lazat & ringkas di sini:
'Like' kami di Facebook: https://bit.ly/smakanfb
'Follow' kami di Instagram: http://bit.ly/smakaninsta

Video thumbnail

Thumbnail: Resipi Maggi Mi Kari Udang | Creamy Shrimp Maggi Kari Recipe | Seismik Makan

Seismik Makan

Senarai Video

Kongsi video ini ke: