LIVE: Jom Masak Kuih Bantal Raja Bersama Chef Lin
- iCookAsia
- 00:59:45
Anda pengemar kuih muih? Pernah makan atau dengar tak Kuih Bantal Raja? 😧
Bagi yang tertanya- tanya apa dan bagaimana rupa Kuih Bantal Raja, jangan lupa saksikan live Jom Masak bersama Chef @chef.norzailinanordin. Beliau akan berkongsi resepi dan cara membuat Kuih Bantal Raja 👑.
KUIH BANTAL RAJA
Bahan-bahan
2 sudu besar minyak
60g bawang besar, cincang halus
2 ulas bawang putih, cincang halus
200g isi ayam yang dicincang
120g lobak merah, diparut
170g kubis, dipotong halus
70g biji jagung
60g cili Benggala merah, didadu
1 sudu besar sos tiram
Garam, serbuk lada sulah secukup rasa
1 pokok daun bawang, dihiris
2 biji telur, dibuat dadar & hiris halus
1 sudu besar tepung gandum + air menjadi pes
2 biji telur, dipukul
1-2 cawan serbuk roti oren/putih
Minyak secukupnya
Bahan Kulit
500g tepung gandum
1 liter air
4 biji telur gred A
1½ sudu kecil garam
Cara Membuat
1. Panaskan minyak, tumis bawang besar sehingga wangi.
2. Masukkan bawang putih, kacau sebentar.
3. Masukkan isi ayam, kacau sehingga berubah warna.
4. Tambah lobak merah dan kubis, tutup sebentar.
5. Masukkan jagung, cili Benggala, sos tiram, daun bawang, serbuk lada sulah dan garam.
6. Angkat dari kuali, tambah telur dadar. Biar sejuk.
7. Untuk kulit, kisar semua bahan dan tapis.
8. Buat dadar yang nipis, tidak perlu diterbalikkan dan angkat.
9. Isikan dengan inti, lekatkan dengan campuran tepung dan air.
10. Celup di dalam telur, salut dengan serbuk roti dan goreng sehingga keemasan.
#JomMasak #iCookAsia #icookasialive
Thumbnail: LIVE: Jom Masak Kuih Bantal Raja Bersama Chef Lin