Menengah Rendah (2022) | Sains (Tingkatan 1): Kaedah Penyiasatan Saintifik di Makmal Sains
- ntv7malaysia
- 00:49:44
Tajuk: Sains (Tingkatan 1): Kaedah Penyiasatan Saintifik di Makmal Sains
Guru: Nur Faalina Asrab Ali
Episod ini dimulakan dengan gimik pengacara masuk ke dalam makmal sains dengan minuman dan mengusik bahan berbahaya di dalam makmal. Guru menegur pengacara tersebut dan menyelit berkaitan peraturan makmal. Penerangan berkaitan radas di makmal sains termasuk bagaimana untuk melukis radas. Kemudian guru menerangkan penggunaan unit asas dan cara pertukaran unit tersebut dengan soalan berkaitan. Seterusnya guru melaksanakan aktiviti dengan menggunakan beberapa alat yang jitu untuk mengukur dengan cara yang betul seperti angkup vernier, tolok skru mikrometer dan ralat-ralat berkaitan dengan alatan dan manusia. Sebagai penutup satu eksperimen mudah dijalankan dan penerangan urutan langkah yang betul dalam penyiasatan saintifik diterangkan.
#DidikTV #MenengahRendah
Thumbnail: Menengah Rendah (2022) | Sains (Tingkatan 1): Kaedah Penyiasatan Saintifik di Makmal Sains