Kek Chiffon Pandan | Try Masak | iCookAsia

Dapatkan resepi penuh Kek Chiffon Pandan di: http://www.icookasia.com/kek-chiffon-pandan/

Bahan A:
6 biji kuning telur
2/3 cawan minyak masak
2/3 cawan santan pekat
½ sudu kecil garam
1/2 cawan gula
Pewarna hijau (pandan
2 cawan tepung gandum diayak bersama 2 sudu kecil serbuk penaik

Bahan B:
6 biji putih telur
2/3 cawan gula
1sudu kecil cream of tartar

Cara membuat

1. Mula-mula sediakan bahan A: Masukkan kuning telur, garam dan gula ke dalam mangkuk, kemudian pukul sehingga adunan sebati

2. Selepas itu, masukkan pewarna hijau, minyak dan santan. Pukul lagi sehingga sebati.

3. Akhir sekali masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik sedikit demi sedikit. Pukul sehingga adunan rata dan ketepikan dahulu

4. Sediakan pula bahan B: Mula-mula masukkan putih telur ke dalam mangkuk dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan putih

5. Kemudian masukkan gula bersama cream of tartar. Pukul lagi sehingga kembang dan adunan tidak terjatuh jika diterbalikkan.

6. Setelah itu, campurkan adunan A bersama adunan B dan kacau rata.

7. Akhir sekali tuangkan adunan ke dalam loyang chiffon dan bakar pada suhu 150-160celcius sehingga kek chiffon masak.

8. Setelah masak. Keluarkan dari oven dan kek chiffon sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!

Kunjungi website iCook Asia di http://www.icookasia.com untuk resipi-resipi enak kami yang lain.

Follow kami di:

Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
Twitter: https://twitter.com/icookasia

Video thumbnail

Thumbnail: Kek Chiffon Pandan | Try Masak | iCookAsia

iCookAsia

Senarai Video

Kongsi video ini ke: