SEJARAH TAHUN 5 JATA NEGARA

Assalamualaikum.
Di sini saya kongsikan cara saya mengaplikasikan software atas talian dalam video PDPC saya.
Menariknya MATAPELAJARAN SEJARAH & PHOTOPEA.
Matapelajaran Sejarah tidak lagi membosankan jika digabungkan dengan teknologi.
Sila tonton kolaboratif teknologi dan matapelajaran Sejarah Tahun 5.
Moga bermanfaat 🙂

Video link
https://youtu.be/_5AmKYF6LWg

SEJARAH TAHUN 5
TAJUK 4 -UNIT 8 - JATA NEGARA
SEJARAH TAHUN 5
JATA NEGARA
Lambang Malaysia atau lebih dikenali sebagai Jata Negara (Tulisan Jawi:جات نڬارا) mempunyai maksud, ciri, dan nilai sesebuah negara. Negara yang menggunakan jata negara telah menggabungkan ciri yang ada oleh sesebuah negara itu. Elemen dan sentimen seperti Bunga Raya yang diterapkan dalam jata negara Malaysia menunjukkan bunga ini adalah bunga kebangsaan yang digunakan dalam upacara rasmi dan simbol sesebuah negara.

Maksud bintang pecah empat belas menandakan 13 buah negeri yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia iaitu Johor Darul Takzim, Kedah Darul Aman, Kelantan Darul Naim, Melaka Bandaraya Bersejarah, Negeri Sembilan Darul Khusus, Pahang Darul Makmur, Perak Darul Ridzuan, Perlis Indera Kayangan, Pulau Pinang Pulau Mutiara, Sabah Negeri Di Bawah Bayu, Sarawak Bumi Kenyalang, Selangor Darul Ehsan serta Terengganu Darul Iman dan termasuk sekali dengan kawasan Kerajaan Persekutuan seperti Kuala Lumpur, Labuan, dan Putrajaya. Manakala bintang bersama-sama anak bulan itu bermaksud agama Islam adalah agama rasmi di Malaysia. Lima bilah keris yang berada di tengah-tengah jata itu menandakan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu terdahulu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu).

Bahagian sebelah kiri jata itu adalah (pokok Pinang) yang menandakan Negeri Pulau Pinang dan bahagian sebelah kanan itu adalah pokok Melaka yang menandakan Negeri Melaka. Kedua-dua buah negeri ini adalah sebahagian daripada Negeri-negeri Selat terdahulu. Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah yang terkandungnya warna merah, hitam, putih kuning warna-warna hitam dan putih. Hitam dan putih adalah warna bagi negeri Pahang; merah dan kuning adalah warna bagi negeri Selangor; hitam, putih dan kuning adalah warna bagi negeri Perak; merah, hitam dan kuning adalah warna bagi Negeri Sembilan. Empat buah negeri ini adalah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal.
Tiga bahagian di sebelah bawah kiri itu ialah negeri Sabah manakala di sebelah kanan bawah itu pula ialah negeri Sarawak. Di tengah-tengahnya pula ialah Bunga Raya yang juga dikenali sebagai Bunga Kebangsaan Malaysia. Dua ekor Harimau yang berada di sebelah kiri dan kanan jata itu pula adalah merupakan haiwan rasmi Malaysia iaiatu Harimau Malaya dan merupakan haiwan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu terdahulu dan digunakan dalam Lambang Malaysia. Harimau itu juga merupakan simbol keberanian. Slogan "Bersekutu Bertambah Mutu" pada sebelah kiri itu ditulis dalam tulisan Rumi manakala disebelah kanan pula ditulis menggunakan tulisan Jawi.


Jata Persekutuan Tanah Melayu (1948-1963).
Warna kuning pada awan-awan itu melambangkan warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja di Malaysia.
Dipetik daripada laman web Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia, W.P. Labuan dan merupakan hakmilik kerajaan Malaysia.

Video thumbnail

Thumbnail: SEJARAH TAHUN 5 JATA NEGARA

  • Tahun 5
  • Sejarah
LinnZack

Senarai Video

Kongsi video ini ke: