SAINS TAHUN 4 : FOTOSINTESIS

LINK SOALAN UJI MINDA : https://forms.gle/8FiRWyb5W2qMkHx37

SAINS TAHUN 4 : FOTOSINTESIS

TEMA : SAINS HAYAT
Tajuk : 4.0 Tumbuhan

4.2 Fotosintesis

4.2.1 Menyatakan maksud fotosintesis.

4.2.2 Menyenaraikan keperluan tumbuhan
semasa proses fotosintesis.

4.2.3 Menyatakan hasil fotosintesis melalui
pemerhatian menerusi pelbagai media.

4.2.4 Menaakul kepentingan fotosintesis
terhadap hidupan.

Fotosintesis
Tumbuh-tumbuhan, manusia dan haiwan memerlukan makanan untuk
terus hidup dan membesar. Manusia dan haiwan boleh bergerak untuk
mendapatkan makanan tetapi tidak bagi tumbuh-tumbuhan.

Keperluan Proses Fotosintesis
Tumbuh-tumbuhan memerlukan cahaya matahari, klorofil,
karbon dioksida dan air untuk melakukan proses fotosintesis.

Cahaya matahari
Sumber utama tenaga.

Karbon dioksida
Gas dalam udara yang
masuk melalui daun.

KLOROFIL
Bahan berwarna hijau
pada tumbuh-tumbuhan.

AIR
Diserap masuk
melalui akar

Tumbuh-tumbuhan
yang bukan
berwarna hijau juga
boleh melakukan
fotosintesis sekiranya
mempunyai klorofil

Hasil Proses Fotosintesis
Semasa proses fotosintesis, klorofil menyerap cahaya matahari
dan menukarkan air serta karbon dioksida kepada glukosa dan
oksigen. Glukosa yang terhasil, kemudiannya saling bergabung untuk
membentuk kanji yang tersimpan pada bahagian tumbuh-tumbuhan
seperti daun, batang, akar, biji benih, bunga dan buah.

Glukosa yang tersimpan
dalam bentuk kanji
Bahan yang terhasil
sebagai makanan.

Oksigen
Gas yang dibebaskan
melalui daun ke udara


Kepentingan Fotosintesis kepada Hidupan
Tumbuh-tumbuhan sentiasa melakukan proses fotosintesis untuk
membolehkannya menghasilkan makanan sendiri. Hasil fotosintesis


Fotosintesis penting kepada hidupan kerana dapat
membekalkan sumber makanan, memberikan
sumber oksigen untuk pernafasan dan mengekalkan
keseimbangan udara di alam ini
juga dapat memberikan manfaat kepada hidupan lain dan alam sekitar.


Fotosintesis merupakan proses tumbuh-tumbuhan membuat
makanan dengan sendiri.

Kepentingan fotosintesis kepada hidupan adalah seperti yang berikut:
(a) untuk membekalkan sumber makanan.
(b) untuk membekalkan oksigen.
(c) untuk mengekalkan keseimbangan udara di alam ini.
6. Gerak balas terhadap rangsangan membantu tumbuh-tumbuhan
mendapatkan keperluan untuk menjalankan proses fotosintesis.
biologi

#sains
#sainstahun4
#kssr
#upsr
#fotosintesis
#akhyararzmi
#hasilfotosintesis
#kepentinganfotosintesis
#akademiyoutuber
#cikgootube

Video thumbnail

Thumbnail: SAINS TAHUN 4 : FOTOSINTESIS

Akhyar Arzmi

Senarai Video

Kongsi video ini ke: