3 Masakan Lauk Klasik, Lazat & Autentik | Seismik Makan

Hasilkan masakan Ayam Asam Pedas, Gulai Daging Utara dan Gulai Ikan Merah yang rasa lazat dan autentik!

Inilah 3 resepi lauk klasik Malaysia yang sangat senang untuk dihasilkan sendiri di rumah. Nampak saja susah nak buat, tetapi sebenarnya hidangan lauk-pauk kita memang mudah untuk dibuat dengan hanya menggunakan bahan-bahan segar asas yang biasanya boleh didapati di dapur!

-----

0:07 Resepi Ayam Asam Pedas
1:06 Resepi Gulai Daging Utara
2:08 Resepi Gulai Kuning Ikan Merah

-----

Dapatkan pelbagai lagi resipi-resipi lazat & ringkas di sini:
'Like' kami di Facebook: https://bit.ly/smakanfb
'Follow' kami di Instagram: http://bit.ly/smakaninsta

-----

Resepi-Resepi Penuh Di Bawah:

1. Ayam Asam Pedas

Bahan-bahan:

Bahan kisar

7 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 inci belacan
2 sudu besar cili boh
Sedikit air
2 batang serai
Bahan-bahan lain
1 ekor ayam
2 biji kentang
5 batang bendi
1/4 cawan air asam jawa
2 cawan air
2 batang bunga kantan
1 cawan daun kesum
Lada hitam secukup rasa
1 sudu besar gula melaka
2 Kiub Pati Ayam MAGGI
Cara:

1. Kisar bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup, belacan, cili boh dan air sehingga lumat.
2. Dalam periuk yang telah dipanaskan, masukkan minyak dan tumis serai sehingga wangi. Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
3. Masukkan ayam, air asam jawa, air, bunga kantan, daun kesum, lada hitam dan gula melaka.
4. Masukkan kiub pati ayam MAGGI dan renehkan dengan api kecil selama 30 minit.
5. Ayam Asam Pedas sudahpun siap untuk dihidang!

2. Gulai Daging Utara
Bahan-Bahan Kisar:

4 biji bawang merah besar
1 inci halia
3 biji bawang putih
Bahan-bahan lain:
1 cawan minyak
1 batang kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
3 biji pelaga
5 bunga cengkih
7 helai daun kari
3 biji bawang merah (dihiris)
3 biji bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
75 gram rempah kari
500 daging lembu
4 cawan air
1/3 cawan air asam jawa
3 biji kentang
2 Kiub Pati Daging Lembu MAGGI
1 cawan santan

Cara:
1. Kisar bawang merah besar, halia dan bawang putih sehingga lumat.
2. Dalam kuali yang telah dipanaskan, masukkan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang, biji pelaga, bunga cengkih dan daun kari sehingga wangi.
3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dihiris, dan tumis sehingga wangi.
4. Masukkan rempah kari dan tumis sehingga pecah minyak.
5. Masukkan daging lembu, air, air asam jawa dan kentang. Masukkan kiub pati daging lembu MAGGI dan renehkan selama 30 minit menggunakan api perlahan.
6. Masukkan santan dan reneh selama 10 minit.
7. Kari Daging Utara sudahpun siap untuk dihidang!


3. Gulai Ikan Merah

Bahan-bahan kisar:

7 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 1/2 inci kunyit hidup
2 biji cili hijau
1 inci lengkuas
1 inci halia
Bahan-bahan lain:
2 cawan santan
1 sudu besar gula melaka
2 kiub pati ikan bilis MAGGI
5 tongkol ikan merah
Cara:
1. Kisar bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, cili hijau, lengkuas dan halia sehingga lumat.
2. Dalam periuk, masukkan santan, air, bahan kisar, gula melaka dan ikan merah.
3. Masukkan 2 pati ikan bilis MAGGI dan renehkan selama 20 minit menggunakan api perlahan.
4. Gulai Kuning Ikan Merah sudahpun siap untuk dihidang!

-----

Kredit

Muzik:
artist.io

Kru:
Producer - Ihsan Ihsani
Chef - Ihsan Ihsani
Videographer & Editor - Shin Ling Eyu

Video thumbnail

Thumbnail: 3 Masakan Lauk Klasik, Lazat & Autentik | Seismik Makan

Seismik Makan

Senarai Video

Kongsi video ini ke: