Resepi Daging Salai Masak Lemak | iCookAsia

Dapatkan resepi penuh Daging Salai Masak Lemak di: http://www.icookasia.com/daging-salai-masak-lemak-2/

Bahan-bahan

400gram daging – di belah dua memanjang
Garam secukup rasa untuk daging salai
2 batang serai - dibelah dua atau dititik
7 biji cili padi - diketuk
2 keping asam keping
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 helai daun kunyit
sedikit garam untuk masak lemak
2 cawan santan
2 biji cili merah – di belah empat
½ cawan minyak masak

Cara membuat

1. Mula-mula letakkan garam pada daging bersama sedikit minyak. Gaul rata dan bakar pada suhu perlahan iaitu 130c selama 30 minit. Kemudian keluarkan dan hiris nipis. Ketepikan dahulu.

2. Selepas itu, panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis serai bersama cili, asam keping, serbuk kunyit, daun kunyit dan sedikit garam sehingga wangi. Kemudian masukkan santan dan daging salai yang telah dipotong tadi. Kacau selalu di atas api yang perlahan sehingga kuah pecah minyak.

3.Dan daging salai masak lemak sedia untuk dihidang. Enak dimakan bersama nasi putih. Selamat mencuba!

Kunjungi website iCook Asia di http://www.icookasia.com untuk resipi-resipi enak kami yang lain.

Follow kami di:

Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
Twitter: https://twitter.com/icookasia

Video thumbnail

Thumbnail: Resepi Daging Salai Masak Lemak | iCookAsia

iCookAsia

Senarai Video

Kongsi video ini ke: