IBADAH PRASEKOLAH | NAMA, WAKTU & RAKAAT SOLAT FARDHU | kitabantukita pendislamsk
- rohaizah mohamed sohor
- 00:33:32
IBADAH PRASEKOLAH | NAMA, WAKTU & RAKAAT SOLAT FARDHU | #akademiyoutuber #kitabantukita #pendislamsk
Solat merujuk kepada sembahyang dalam agama Islam. Solat terbahagi kepada solat fardu dan solat sunat. Solat fardu diwajibkan ke atas orang Islam yang baligh dan berakal sebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu tertentu. Solat fardhu merupakan Rukun Islam yang ke-2 dari lima Rukun Islam.
Solat fardhu yang wajib didirikan ialah solat lima waktu sehari semalam, iaitu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak.
Sekiranya seseorang tertinggal solat fardhu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada.
Bagi mereka yang musafir, ia merupakan rukhsah (keringanan) yang diberikan, dan harus bagi solat dengan menqasar dan menjamakkannya. Ini berdasarkan hadis:-
“Sesungguhnya Allah suka dilaksanakan rukhsah (keringanan) yang diberikan olehNya seperti Allah membenci dilakukan maksiat kepadaNya”. Hadis riwayat Ahmad.
WAKTU SOLAT
Solat Zohor Waktunya dimulai sejak matahari tergelincir ke barat dan berakhir di saat bayangan sesuatu benda itu sama betul panjangnya dengan benda itu.
Solat Asar Waktunya dimulai setelah waktu Zohor habis, iaitu ketika bayangan sesuatu benda sama panjang dengan bendanya dan berakhir setelah terbenamnya matahari.
Solat Maghrib Waktunya dimulai setelah terbenamnya matahari dan berakhir apabila mega merah telah hilang.
Solat Isyak Waktunya dimulai setelah hilangnya mega merah sampai terbitnya fajar shadiq.
Solat Subuh Waktunya dimulai setelah terbit fajar shadiq sampai terbitnya matahari.
BILANGAN RAKAAT
Solat Subuh 2 Rakaat
Solat Zohor 4 Rakaat
Solat Asar 4 Rakaat
Solat Maghrib 3 Rakaat
Solat Isyak 4 Rakaat
LAGU SOLAT
SOLAT SUBUH 2 RAKAAT
ZOHOR DAN ASAR 4 RAKAAT
SOLAT MAGHRIB 3 RAKAAT
DAN SOLAT ISYAK 4 RAKAAT
DENGAN SOLAT
HIDUP JADI INDAH
PENUH RAHMAT DAN JUGA HIDAYAH
........
Thumbnail: IBADAH PRASEKOLAH | NAMA, WAKTU & RAKAAT SOLAT FARDHU | kitabantukita pendislamsk