Resepi Terung Masak Merah

Resepi sayur Terung Masak Merah ini khas untuk penggemar makanan pedas. Resipi ini sangat unik kerana sebenarnya merupakan resipi keluarga sendiri dan anda memang tidak boleh menjumpainya di mana-mana gerai makan. Dengan hanya menggunakan bahan-bahan asas dapur seperti cili kering, udang kering, bawang merah, bawang putih dan air asam jawa, anda boleh menghasilkan hidangan ini dengan cepat sekali.

RESIPI PENUH

Bahan-bahan

Bahan-bahan kisar:

1 genggam cili kering
1 biji bawang merah
1 sudu udang kering
1 inci halia
4 ulas bawang putih
1/2 cawan air

Bahan-bahan lain:

Minyak masak
1 biji terung (saiz besar)
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
2 biji bawang merah (dihiris)
1/4 cawan air asam jawa
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Daun bawang (digunakan sebagai topping)

Cara:
1. Kisarkan cili kering, bawang merah, udang kering, halia, bawang putih dan air sehingga lumat.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan gorengkan terung sehingga separuh masak dan berwarna keperangan. Ketepikan.
3. Menggunakan kuali yang sama, masukkan bahan tumisan, sos tomato, sos cili, bawang merah, air asam jawa, garam dan gula. Gorengkan seketika sehingga naik bau.
4. Masukkan terung goreng dan renehkan masakan selama 5-10 minit, sehingga semua terung sudah lembut.
5. Terung Masak Merah sudahpun siap untuk dihidang bersama hirisan daun bawang untuk memberikan hidangan in sedikit kesegaran.

Muzik:
marmosetmusic.com

Kru:
Producer - Ihsan Ihsani
Chef - Ihsan Ihsani
Production Assistance: Aisya Khairain
Videographer & Editor - Shin Ling Eyu

Video thumbnail

Thumbnail: Resepi Terung Masak Merah

Seismik Makan

Senarai Video

Kongsi video ini ke: