Popiah Basah | iCookAsia

Resepi penuh untuk Popia Basah:

Bahan-bahan untuk sos:
100 gm sos manis
100gm sos cili
2 sudu besar air
garam dan lada sulah secukup rasa

Bahan untuk popiah basah:
10 keping kulit popiah
300gm kobis, dihiris nipis
1 sudu besar serbuk kiub ayam
¼ sudu kecil gula
¼ sudu kecil lada sulah
100gm lobak merah, dihiris nipis
2 cawan air
100gm sengkuang
1 cawan air tepung ubi

Cara membuatnya:
1. Mula-mula, sediakan sosnya. Campurkan sos manis, sos cili, air, garam dan lada sulah ke dalam periuk. Masak hingga mendidih dan ketepikan dahulu
2. Untuk menyediakan intinya, didihkan air bersama serbuk kiub ayam, lada sulah dan sedikit gula di dalam periuk. Kacau sebentar.
3. Kemudian masukkan kobis, lobak dan sengkuang. Masak selama 8 minit atau sehingga sayur lembut. Angkat dan toskan sebentar.
4. Ambil sekeping kulit popia, sapukan sedikit sos dan letakkan dua sudu kecil sayuran tadi di atasnya. Gulung dan sapukan sedikit air tepung ubi pada bahagian hujungnya untuk melekatkan kulit popiah dan mengelakkannya terbuka. Pastikan tangan kering semasa menggulung popiah bagi mengelakkan ia terkoyak.
5. Popiah basah sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!


Kunjungi website iCook Asia http://icookasia.com/my untuk resipi-resipi enak kami yang lain.
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/

Video thumbnail

Thumbnail: Popiah Basah | iCookAsia

iCookAsia

Senarai Video

Kongsi video ini ke: