BAB 9 KIMIA INDUSTRI SAINS TINGKATAN 4

Industri kimia adalah sektor yang menghasilkan bahan kimia perindustrian. Industri kimia menukarkan bahan mentah ke dalam produk yang berbeza seperti plastik, racun perosak dan baja kimia. Bahan mentah utama industri kimia termasuklah bahan api fosil, udara, air, garam dan batu kapur. Pengaloian ialah proses pencampuran atom asing ke dalam logam tulen.
Campuran logam dengan atom asing yang ditambah disebut aloi. Contoh aloi ialah keluli, loyang dan duralumin. Atom-atom asing dalam aloi menghalang atom-atom logam tulen daripada menggelongsor antara satu sama lain dengan mudah. Pengaloian bertujuan untuk menambah kekuatan dan kekerasan logam, mencegah kakisan dan menjadikan logam lebih berkilat. Aloi superkonduktor ialah aloi yang mengalirkan arus elektrik dalam keadaan tanpa rintangan (rintangan sifar)
#KIMIAINDUSTRI #SAINS #TINGKATAN4 #AYU #PDPR

Video thumbnail

Thumbnail: BAB 9 KIMIA INDUSTRI SAINS TINGKATAN 4

Cikgu Dess2020

Senarai Video

Kongsi video ini ke: