Thosai | Try Masak | iCookAsia
- iCookAsia
- 00:04:48
Dapatkan resepi penuh Thosai di: http://www.icookasia.com/thosai/
Bahan-bahan
1 cwn beras (direndam 8 jam)
1 cawan aluthu (direndam 8 jam)
1 cawan nasi
1 cawan air
garam & gula secukup rasa
Bahan-bahan untuk Chutney Kelapa atau Sambal kelapa:
1 cawan kelapa parut putih
1 sudu besar air asam jawa
garam secukup rasa
3 batang cili hijau
3 batang cili padi
2 tangkai daun kari
1 inci halia
1 ulas bwg putih
3 ulas bawang merah
Bahan tumisan:
1 tangkai daun kari
3 tangkai cili kering
1sudu kecil biji sawi
1 sudu kecil uluthuparpu
3 sudu besar minyak masak untuk menulis
Bahan-bahan Mint Yogurt:
5 tangkai cili padi
1 sudu kecil biji sawi
sedikit air perahan limau nipis
garam & gula secukupnya
1 cawan yogurt
segengam daun pudina
3 tangkai daun ketumbar
Cara-cara untuk menyediakan Chutney Kelapa atau Sambal kelapa
1. Mula-mula panaskan sedikit minyak di dalam kuali, masukkan biji sawi, daun kari, uluthu parpu dan cili kering.tumis sehingga naik bau. Ketepikan sebentar.
2. Kemudian, masukkan cili hijau, cili padi, bawang merah, bawang putih, halia, daun kari, air asam jawa, kelapa parut putih dan sedikit garam ke dalam mesin pengisar.Kisar sehingga halus. Selepas itu campurkan dengan bahan tumisan tadi. Ketepikan dahulu.
Cara- cara untuk menyediakan mint yogurt
1. Masukkan daun pudina, daun ketumbar, yogurt, biji sawi, cili padi, air perahan limau nipis, garam dan gula ke dalam mesin pengisar.
2. Kisar sehingga halus dan ketepikan dahulu.
Cara untuk menyediakan thosai
1. Kisar beras di dalam mesin pengisar sehingga halus. Kemudian masukkan aluthu, beras yang telah dikisar, nasi, garam dan gula bersama sedikit air ke dalam mesin pengisar. Kisar sehingga hancur dan perap selama 8 jam.
2. Setelah itu, panaskan kuali, letakkan sedikit adunan dan ratakan hingga menjadi nipis.Tunggu hingga masak & garing kemudian lipat dua dan boleh diangkat.Tosei sedia dinikmati bersama chutney kelapa dan mint yogurt. Selamat mencuba!
Kunjungi website iCook Asia di http://www.icookasia.com untuk resipi-resipi enak kami yang lain.
Follow kami di:
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
Thumbnail: Thosai | Try Masak | iCookAsia