Tahap I (2022) | Sains (Tahun 3): Tabiat Pemakanan [R]

Tajuk: Sains (Tahun 3): Tabiat Pemakanan
Guru: M. Khalimi Dalhan
Episod ini memperkenalkan berkaitan dengan membincangkan sebab perbezaan tabiat pemakanan haiwan iaitu herbivor, karnivor dan omnivor.
Dimulakan dengan sketsa tiga murid yang berbincang tentang pemakanan bagi seekor arnab yang baru sahaja mereka membelanya. Guru dan host bersoal-jawab tentang sketsa tersebut dan perkaitannya dengan pembelajaran hari ini.Dimulakan dengan guru menerangkan berkaitan tiga tabiat pemakanan dan maksud setiap istilah tersebut serta memberi dua contoh. Host akan diuji untuk menamakan beberapa lagi contoh haiwan mengikut tabiat pemakanan semula jadinya. – Pemula dan segmen 1.
Seterusnya guru menerangkan berkaitan dengan tiga contoh haiwan beserta tiga makanan haiwan tersebut bagi membuktikan tabiat pemakanan haiwan ini melalui pemerhatian tingkah laku haiwan secara maujud. Aktiviti menggunakan haiwan arnab, kura-kura dan burung (bahan maujud di studio). Host diuji dengan membuat pemadanan kenyataan dengan istilah-istilah yang telah dipelajari. – Segmen 2
Menggunakan pemerhatian terhadap seekor kucing dan seekor arnab, guru dan host bersoal jawab tentang perkaitan jenis kegigian dengan tabiat pemakanan haiwan. Jenis kegigian akan mempengaruhi tabiat pemakanan haiwan-haiwan tersebut. Host diuji dengan akan menyenarai sifat-sifat fizikal haiwan serta kegigian haiwan dengan tabiat pemakanannya – Segmen 3.
Dalam episod ini juga guru menjalankan tiga aktiviti ::
Menamakan empat haiwan mengikut tabiat pemakanannya.
Menyenarai makanan-makanan yang sesuai bagi sesuatu jenis haiwan.
Menyenaraikan sifat kegigian haiwan mengikut tabiat pemakanannya.

#didiktv #TahapI

Video thumbnail

Thumbnail: Tahap I (2022) | Sains (Tahun 3): Tabiat Pemakanan [R]

ntv7malaysia

Senarai Video

Kongsi video ini ke: