Homemade Apam Balik Nipis | Malaysian Pancake Recipe | SAYS Seismik Makan

Resepi Apam Balik simple sesiapa pun boleh hasilkan di rumah menggunakan kuali 'non-stick' dan beberapa bahan asas yang biasanya boleh didapati di dapur.

Bahan-bahan

- 250 gram tepung gandum
- 1/2 cawan gula
- 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
- 1 sudu kecil garam
- 1/2 sudu kecil serbuk penaik
- 1 sudu kecil esen vanila
- 600 ml air
- Mentega
- Gula perang
- Kacang tanah (dipanggang dan dicincang nipis)
- Jagung berkrim

Cara

1. Dalam mangkuk, masukkan 250 gram tepung gandum, 1/2 cawan gula , 1/2 sudu kecil soda bikarbonat, 1 sudu kecil garam, 1/2 sudu kecil serbuk penaik , 1 sudu kecil esen vanila dan 600 ml air. Gaul sehingga sebati.

2. Dalam kuali non-stick, sendukkan adunan dan ratakan adunan serta merta sehingga menjadi nipis. Masak menggunakan api kecil sehingga adunan kering.

3. Setelah adunan bertukar warna keperangan, sapukan mentega dan taburkan gula perang, kacang tanah dan juga jagung berkrim.

4. Angkat dan nikmati semasa masih panas!

Kredit

Muzik:
Artlist.io

Kru:
Producer - Ihsan Ihsani
Videographer & Editor - Shin Ling Eyu

Video thumbnail

Thumbnail: Homemade Apam Balik Nipis | Malaysian Pancake Recipe | SAYS Seismik Makan

Seismik Makan

Senarai Video

Kongsi video ini ke: