Menengah Rendah (2022) | Pendidikan Jasmani (Tingkatan 3): Rekreasi dan Kesenggangan - Dodgeball

Tajuk: Pendidikan Jasmani (Tingkatan 3): Rekreasi dan Kesenggangan - Dodgeball
Guru : Mohd Faizul Azli Abdul Mudzafar
Episod ini berkonsepkan penerangan kepada murid melalui demonstrasi guru berkaitan permainan dodgeball. Permulaan episod dalam Segmen 1, guru akan menerangkan tentang tajuk, standard pembelajaran dan hasil pembelajaran yang akan dicapai oleh murid. Terdapat juga trivia dan soalan dalam segmen ini. Pada segmen 2 guru akan menerangkan tentang cara bermain dodgeball. Guru melakukan sesi memanaskan badan dan demonstrasi permainan.Terdapat satu soalan dalam segmen ini. Seterusnya dalam segmen 3, guru akan bermain dodgeball bersama murid dan melakukan aktiviti membaling, menangkap, mengadang dan mengelak untuk membantu menambah keyakinan murid dalam melakukan aktiviti tersebut. Guru juga mencadangkan aktiviti berasaskan projek iaitu permainan kecil. Terdapat juga satu soalan dalam segmen ini. Dalam segmen 4 iaitu segmen terakhir, guru akan fokus kepada sesi penyejukan badan dan membuat kesimpulan pembelajaran. Segmen ini juga turut mempunyai dua soalan yang mendorong kepada membina motivasi murid untuk melakukan aktiviti tersebut sama di rumah atau di sekolah nanti.

#DidikTV #MenengahRendah

Video thumbnail

Thumbnail: Menengah Rendah (2022) | Pendidikan Jasmani (Tingkatan 3): Rekreasi dan Kesenggangan - Dodgeball

ntv7malaysia

Senarai Video

Kongsi video ini ke: