Menengah Atas (2022) | Bahasa Melayu (Tingkatan 5): Kegunaan Kenaf [R]

Tajuk : Bahasa Melayu (Tingkatan 5): Kegunaan Kenaf
Guru: Zainab Bin Abdullah
Episod ini akan membincangkan berkaitan sumber rezeki daripada alam semula jadi. Murid akan menyatakan jenis sumber rezeki daripada alam. Murid dibawa berbincang berkenaan kenaf dan mengenali tumbuhan tersebut. Seterusnya murid akan membuat analisis bahan berdasarkan teknik bacaan yang sesuai (CHATT). Melalui bahan bacaan, murid akan mengenal pasti kata kunci dengan membulatkan kata kuci tersebut, menggarisi idea penting dan menandakan dengan asterik(*) untuk idea sokongan. Seterusnya mereka memindahkan maklumat tersebut dalam borang CHATT. Melalui analisis yang dilakukan oleh setiap murid, guru akan membuat rumusan. Murid juga akan membincangkan usaha-usaha untuk mengetengahkan produk kenaf dan membuat inferens seandainya produk mendapat tempat di dalam mahupun luar negara. Murid juga akan mengemukakan pandangan berkaitan usaha mempromosikan produk kenaf. Guru menilai berdasarkan pandangan yang dikemukakan oleh murid.

#didiktv DidikTV #MenengahAtas

Video thumbnail

Thumbnail: Menengah Atas (2022) | Bahasa Melayu (Tingkatan 5): Kegunaan Kenaf [R]

ntv7malaysia

Senarai Video

Kongsi video ini ke: