Sains T1 | Bab 5 | 5.2 Perubahan Keadaan Jirim
- Ong Hui Fern
- 00:13:40
Rakaman ini membincangkan Sains T1, Bab 5 : Jirim 5.2 : Perubahan Keadaan Jirim dengan menggunakan Bahasa Melayu (disertakan Bahasa Cina). Video ini membincangkan 5 proses perubahan keadaan jirim diikuti dengan contoh bagi setiap proses. Graf pemanasan juga digunakan untuk membincangkan suhu kekal semasa takat lebur dan takat didih. Akhir sekali, perubahan jisim semasa perubahan fizik turut dibincangkan berdasarkan 3 aktiviti dalam buku teks Sains.
Diharap dapat membantu guru dan murid untuk PdPr yang bermula selepas Hari Raya tahun 2021 ataupun untuk ulangkaji bagi murid-murid tingkatan 2 dan 3. Video Cikgu Ong ada tulisan Bahasa Cina untuk membantu murid-murid yang lemah Bahasa Melayu. Diharap penonton video dapat terima. Terima kasih.
Terima kasih berkunjung ke channel saya. Like, share dan subscribe sebagai sokongan kepada saya untuk terus berkongsi video PdPc.
#sainsting1 #bab5 #jirim #perubahankeadaanjirim
Thumbnail: Sains T1 | Bab 5 | 5.2 Perubahan Keadaan Jirim