Resepi Bebola Tauhu Bersos | Try Masak | iCookAsia
- iCookAsia
- 00:00:37
Dapatkan resipi penuh Bebola Tauhu Bersos disini: http://www.icookasia.com/bebola-tauhu-bersos/
Bahan-bahan
1 keping tauhu,
100 gram udang,
2 sudu besar tepung jagung,
1 biji telur,
sedikit serbuk lada sulah,
sedikit gula,
dan garam.
Cara membuat
Untuk membuat bebola tauhu, pertama sekali, cincang halus udang dan potong kasar tauhu. Kemudian, lenyek tauhu tersebut hingga hancur.
Campurkan udang ke dalam tauhu hancur diikuti dengan tepung jagung, serbuk lada sulah, garam dan gula. Gaul hingga semua bahan sebati.
Bentukkan adunan bulat-bulat seperti bebola.
Pukul telur dan panaskan minyak.
Celupkan bebola tauhu tadi ke dalam telur dan goreng. Balik-balikkan supaya masak sekata dan setelah garing angkat dan toskan minyaknya. Bebola tauhu ini juga boleh dimakan begitu sahaja.
Untuk menyediakan sos pula, bahan-bahannya:
2 ulas bawang merah dipotong nipis,
1 ulas bawang putih dicincang halus,
4 sudu sos tomato,
1 sudu kicap pekat,
1 biji cili merah dipotong nipis,
sedikit garam,
dan gula.
Pertama sekali, panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi dan masukkan bawang merah.
Setelah bawang layu, masukkan sos tomato, dan tumis hingga pecah minyak
Kemudian masukkan garam, gula dan kicap pekat. Kacau hingga sebati dan masukkan cili merah. Kacau lagi hingga cili merah layu dan tuangkan sos tersebut ke atas bebola tauhu tadi. Bebola tauhu bersos sedia untuk dihidang.
Kunjungi website iCook Asia di http://www.icookasia.com untuk resipi-resipi enak kami yang lain.
Follow kami di:
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
Thumbnail: Resepi Bebola Tauhu Bersos | Try Masak | iCookAsia