Resepi Tepung Pelita | iCookAsia
- iCookAsia
- 00:02:57
Kuih Tepung Pelita ini merupakan kegemaran ramai. Selalu kita dapatkan di gerai tepi jalan untuk sarapan pagi ataupun di bazar pada bulan puasa. Tapi, kalau kita cuba buat di rumah, mesti lagi puas kan? Jom cuba!
Bahan-bahan:
4 cawan santan
1 cawan tepung beras
¾ cawan gula pasir (boleh kurangkan, kalau tidak suka manis)
5 cawan air pandan
1 sudu besar air kapur
6 sudu besar tepung gandum
sedikit garam
100gm air
120gm gula
Pelepah daun pisang diraut dan dilayur untuk dijadikan loyang kuih pelita
Cara membuat:
1. Mula-mula lipatkan daun pisang dan bentukkan agar menjadi satu kotak kecil. Ketepikan dahulu.
2. Untuk menyediakan lapisan hijau, masukkan tepung beras, gula air pandan dan air kapur ke dalam mangkuk. Kacau hingga sebati. Ketepikan dahulu.
3. Untuk menyediakan lapisan putih, campurkan santan bersama tepung gandum dan garam. Kacau sehingga rata. Ketepikan dahulu.
4. Untuk menyediakan air gula pekat, didihkan air bersama gula sehingga cair tanpa dikacau. Kemudian letakkan setengah sudu air gula pekat ke dalam loyang daun pisang.
5. Selepas itu, masak Lapisan Hijau. Kacau tanpa henti di atas api hingga masak dan berkilat-berkilat. Setelah masak, letakkan di atas gula pekat di dalam loyang daun pisang tadi.
6. Setelah itu, masak pula lapisan putih di dalam periuk. Kacau tanpa henti hingga masak dan letakkan di atas lapisan hijau.
7. Sejukkan didalam peti sejuk selama 20 minit dan kuih tepung pelita sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!
Nak beli barang dapur? Jom shopping di: https://shop.icookasia.com/
Want to be featured in our video? email us at [email protected]
----------------------------------------
Visit iCookAsia for more recipes: http://icookasia.com for more recipes.
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
--------------------
for advertising enquiries, please email to: [email protected]
#TepungPelita #Kuih #Tradisional
Thumbnail: Resepi Tepung Pelita | iCookAsia