Resepi Daging Goreng Kunyit Kacang Panjang | Stir-Fried Beef & Long Beans Recipe | Seismik Makan

Resepi Daging Goreng Kunyit Kacang Panjang ini sesuai untuk sesiapa yang sedang berbajet, hidangan simple tapi lazat ini boleh disiapkan dalam masa yang sangat singkat. 40 minit saja boleh beres hidangan untuk seluruh keluarga.

Dengan aromanya yang sungguh wangi, hidangan ini pasti pasti dapat membuat sesiapa saja berasa lapar dan perut perut berbunyi. Wajib dinikmati fresh bersama sepinggan nasi putih panas, telur mata dan kicap manis. Lagi best jika ditambah sambal pedas!
-----

Dapatkan pelbagai lagi resipi-resipi lazat & ringkas di sini:
'Like' kami di Facebook: https://bit.ly/smakanfb
'Follow' kami di Instagram: http://bit.ly/smakaninsta
-----

RESEPI PENUH

1 mangkuk daging (dihiris saiz sederhana)
2 sudu besar kunyit
3 sudu besar minyak
1/2 cawan air
1 biji bawang kuning (dihiris tebal)
1 biji cili merah (dihiris nipis)
3 ulas bawang putih (dicincang)
1 inci halia (dihiris nipis)
1 cawan kacang panjang (dipotong ke saiz 1 inci)
Garam secukup rasa
1 sudu kecil lada hitam

Cara

1. Dalam mangkuk, gaulkan daging dengan serbuk kunyit sehingga rata.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan daging dan gorengkan sehingga daging empuk.
3. Masukkan bawang kuning, cili merah, bawang putih, halia dan kacang panjang. Gorengkan seketika.
4. Masukkan lada hitam dan garam secukup rasa. Gaul sehingga rata.
5.Daging Goreng Kunyit Kacang Panjang sudah pun siap dihidang!
-----
Kredit

Muzik:
marmosetmusic.com

Kru:
Producer - Ihsan Ihsani
Chef - Ihsan Ihsani
Videographer & Editor - Shin Ling Eyu

Video thumbnail

Thumbnail: Resepi Daging Goreng Kunyit Kacang Panjang | Stir-Fried Beef & Long Beans Recipe | Seismik Makan

Seismik Makan

Senarai Video

Kongsi video ini ke: