Sup Tulang Merah | Try Masak | iCookAsia

Dapatkan resepi penuh Sup Tulang Merah di: http://www.icookasia.com/sup-tulang-merah/

Bahan-bahan

1kg tulang lembu yang direbus bersama 2 sup bunjut sehingga empuk
6 biji Bawang Besar
4 ulas Bawang Putih
1 inci Halia
1/2 cawan cili kering yang dikisar
4 biji Tomato – dipotong dadu
1/2 cawan Sos Tomato
1 biji telur- dipukul
2 sudu besar tepung gandum – dibancuh dengan sedikit air
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis

Cara membuat

1. Mula-mula masukkan bawang besar, bawang putih dan halia ke dalam mesin pengisar, kisar sehingga halus. Kemudian tumis dengan sedikit minyak sehingga naik bau

2. Masukkan cili kering dan tumis lagi sehingga pecah minyak

3. Selepas itu masukkan tomato dan masak sehingga hancur.

4. Masukkan pula tulang lembu bersama air rebusannya dan biarkan mendidih selama 5 minit

5. Setelah itu, masukkan sos tomato, bancuhan tepung gandum, telur, garam dan gula. Kacau rata dan sup tulang merah sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba!

Kunjungi website iCook Asia di http://www.icookasia.com untuk resipi-resipi enak kami yang lain.

Follow kami di:

Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
Twitter: https://twitter.com/icookasia

Video thumbnail

Thumbnail: Sup Tulang Merah | Try Masak | iCookAsia

iCookAsia

Senarai Video

Kongsi video ini ke: