Resepi Udang Buttermilk | Buttermilk Prawns Recipe | SAYS Seismik Makan
- Seismik Makan
- 00:01:41
Cara masak udang buttermilk yang cukup creamy dan sangat flavourful!
Bahan-bahan:
✅ 400 gram udang
✅ Garam secukup rasa
✅ 3 sudu besar tepung jagung
✅ 4 sudu besar mentega
✅ 5 sudu besar bawang putih
✅ 4 biji cili padi
✅ Segenggam daun kari
✅ 1 tin susu sejat
Cara:
1. Gaul udang bersama garam dan tepung jagung sehingga rata.
2. Panaskan minyak. Goreng udang selama 2 minit. Toskan.
3. Dalam kuali asing, masukkan mentega dan cairkan menggunakan api perlahan.
4. Masukkan bawang putih, cili padi dan daun kari. Gorengkan sehingga wangi.
5. Masukkan susu sejat. Renehkan seketika.
6. Masukkan udang dan gaul sehingga rata. Masukkan garam secukup rasa.
Udang buttermilk sudahpun siap untuk dihidang. Enjoy!
Thumbnail: Resepi Udang Buttermilk | Buttermilk Prawns Recipe | SAYS Seismik Makan