Resepi Kerabu Sotong | Try Masak | iCookAsia

Dapatkan resepi penuh Kerabu Sotong di: http://www.icookasia.com/kerabu-sotong/

Bahan-bahan

3 Ekor Sotong dihiris
1 biji Bawang besar dihiris
1 biji Tomato dihiris
3 tangkai Cili api dihiris
3 helai Daun ketumbar dihiris
2 batang Serai di potong halus
2 biji Jus limau nipis
satu sudu Sos ikan
Gula (secukup rasa)
Garam (secukup rasa)
Lada sulah

Cara membuat

1. Mula-mula rebus sotong sebentar sahaja kemudian angkat dan toskan airnya. Jangan rebus sotong terlalu lama kerana akan menyebabkan sotong menjadi liat.

2. Kemudian masukkan sotong ke dalam mangkuk bersama bawang besar, cili, serai, tomato, daun ketumbar, sos ikan, jus limau nipis, garam, gula dan lada sulah.

3. Kacau rata hingga semuanya sebati. Kerabu sotong sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!

Kunjungi website iCook Asia di http://www.icookasia.com untuk resipi-resipi enak kami yang lain.

Follow kami di:

Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
Twitter: https://twitter.com/icookasia

Video thumbnail

Thumbnail: Resepi Kerabu Sotong | Try Masak | iCookAsia

iCookAsia

Senarai Video

Kongsi video ini ke: