JAUHI SYIRIK | BIDANG AQIDAH | PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6

MAKSUD SYIRIK

Perbuatan menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain. Boleh berlaku dengan perkataan, perbuatan dan iktiqad.

HUKUM SYIRIK

Hukum Syirik ialah HARAM, dan dikategorikan sebagai dosa besar dan dijanjikan dengan azab yang pedih.

BAHAGIAN SYIRIK
1. Syirik Jaliyy
2. Syirik Khafiyy

DALIL
فَلاَ تَجْعَلُواْ لِلَّهِ أَنْدَادًا وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ

Surah Al Baqarah ( 2:22 )
Maksudnya..
Maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah sebarang sekutu, pada hal kamu semua mengetahuinya ( bahawa Allah ialah Tuhan yang Maha Esa ).

PENGERTIAN SYIRIK JALIYY
Mempercayai atau mengaku bahawa adanya tuhan lain selain Allah atau menyembah selain Allah yang Esa. Dikenali juga dengan Syirik Besar.

CONTOH
1. Menyembah berhala
2. Menyembah Matahari
3. Menyembah Bulan
4. Meminta doa dan pertolongan kepada selain Allah

AKIBAT MENGAMALKAN SYIRIK JALIYY
1. Merosakkan aqidah
2. Hilang pergantungan kepada Allah
3. Berdosa besar dan dimurkai Allah
4. Kekal dalam api neraka

PENGERTIAN SYIRIK KHAFIYY
Tidak meletakkan Allah sebagai yang mutlak dalam niat ketika beribadah. Dikenali juga dengan Syirik Kecil.

KEADAAN YANG MEMBAWA KEPADA SYIRIK KHAFIYY
- Riya' dalam beribadah : melakukan sesuatu ibadah bukan kerana Allah semata-mata.
- Seperti seseorang melakukan ibadah kerana mahu pujian atau tempat dalam masyarakat.

AKIBAT MENGAMALKAN SYIRIK KHAFIYY
1. Menghapuskan pahala amalan
2. Sukar menerima pandangan orang lain
3. Menimbulkan permusuhan
4. Dibenci masyarakat
5. Mudah berputus asa.

KISAH TAWARAN KAUM MUSYRIKIN QURAISY KEPADA NABI
Nabi didatangi oleh sekumpulan Musyrikin Quraisy yang meminta Nabi mensyirikkan Allah. Mereka meminta Nabi memeluk agama mereka dan menyembah berhala selama setahun, kemudian kembali memeluk agama Islam semula.

Mereka juga berjanji akan memeluk agama Islam dan menyembah Allah selama setahun. Kemudian mereka akan kembali semula kepada agama nenek moyang mereka.

Mereka juga berjanji akan menghadiahkan harta yang sangat banyak kepada Nabi dan menjadikan baginda orang yang paling kaya di Makkah, jika bersetuju dengan permintaan mereka.

Perbuatan mereka ini menyebabkan baginda menjawab dengan tegas, " Aku memohon perlindungan Allah daripada mensyirikkan Allah dengan yang lain."

Kemudian Allah menurunkan surah Al Kafirun sebagai menjawab permintaan kaum Musyrikin Quraisy yang melampau.


سورة الكافرون


قُلْ يَأَيُّهَاالْكَفِرُونَ ﴿١﴾ لَاأَعْبُدُمَاتَعْبُدُونَ﴿٢﴾
وَلاَأَنْتُمْ عَبِدُونَ مَاأَعْبُدُ﴿٣﴾ وَلاَأَنَاْعَابِدٌمَّاعَبَدتُّمْ﴿٤﴾
وَلاَأَنْتُمْ عَبِدُونَ مَاأَعْبُدُ﴿٥﴾ لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ﴿٦﴾


Maksudnya :
Katakanlah ( Wahai Muhammad ): Hai orang-orang Kafir!
Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
Dan kamu tidak mahu menyembah ( Allah ) yang aku sembah.
Dan aku tidak akan beribadah secara kamu beribadah
Dan kamu pula tidak mahu beribadah secara aku beribadah.
Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku.


KESIMPULANNYA :
Isi kandungan surah ini menegaskan amal ibadat secara Islam dan menolak sebarang penyembahan dan amalan syirik.


Kita juga diingatkan supaya tetap berada di atas dasar tauhid, dan cara-cara beribadah menurut yang dibawa oleh Junjungan kita Nabi Muhammad (saw) , sekalipun banyak godaan dan tipu helah pihak musuh Islam dan orang-orang sesat untuk menjadikan kita menyeleweng dari jalan yang benar.


Semoga bermanfaat...
Sudi-sudikan like , komen , subscribe dan share jika video ini dapat membantu dalam proses pembelajaran dan menjaga aqidah kita untuk kembali ke negeri abadi...


Jazaakumullahu khairan katheeran..


#AkademiYoutuber
#kitabantukita
#UstazahIeja

Video thumbnail

Thumbnail: JAUHI SYIRIK | BIDANG AQIDAH | PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6

rohaizah mohamed sohor

Senarai Video

Kongsi video ini ke: