Kuey Teow Kungfu | Try Masak | iCookAsia

Dapatkan resipi penuh Kuey Teow Kungfu di: http://www.icookasia.com/kuey-teow-kungfu/

Bahan-bahan

1) 1 paket kuey teow
2) 3 sudu besar kicap pekat
3) 2 biji telur
4) 2 sudu besar tepung jagung
5) 100 gm udang
6) 100 gm sotong
7) 100 gm isi ayam
8) 100 gm sawi
9) 100 gm kubis panjang
10) 1 sudu besar sos tiram
11) 3 ulas Bawang putih (dicincang)
12) Garam&gula
13) 2 cawan air
14) Sedikit minyak masak

Cara membuat

1. Mula-mula gaul Kuew teow bersama kicap pekat sehingga rata dan ketepikan dahulu

2.Selepas itu, panaskan sedikit minyak. tumiskan telur sehingga masak kemudian masukkan kuey teow. kacau sehingga masak, angkat dan ketepikan

3. Untuk menyediakan kuahnya, panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih hingga garing. Masukkan isi ayam, udang & sotong bersama air. Didihkan seketika. Bancuhkan tepung jagung bersama air, kemudian tuang ke dalam kuah. Masukkan sawi, kobis panjang dan telur. Didihkan sebentar sambil dikacau

4. Akhir sekali, tuangkan kuah ke atas kuey teow. Kuey teow kung fu sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!

Kunjungi website iCook Asia di http://www.icookasia.com untuk resipi-resipi enak kami yang lain.

Follow kami di:

Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
Twitter: https://twitter.com/icookasia

Video thumbnail

Thumbnail: Kuey Teow Kungfu | Try Masak | iCookAsia

iCookAsia

Senarai Video

Kongsi video ini ke: