Murtabak Mee Segera | Try Masak | iCookAsia

Dapatkan resepi penuh Murtabak Mee Segera di:http://www.icookasia.com/murtabak-mee-segera/

Bahan-bahan

2 bungkus mee segera
2 biji telur ayam
1 biji bawang merah – dihiris nipis
½ biji cili padi – dihiris nipis
1 biji cili merah – dihiris nipis
½ sudu kecil serbuk kari
½ sudu kecil jintan putih
½ sudu kecil jintan manis
½ sudu kecil serbuk ketumbar
Garam dan gula secukupnya
air untuk mencelur mee segera
Lada sulah secukupnya

Cara-cara

1. Mula-mula, celur mee segera di dalam air panas sehingga kembang, angkat dan toskan. Kemudian gaulkan dengan sedikit minyak supaya ia tidak melekat.

2. Selepas itu, pecahkan telur ke dalam mangkuk, campurkan dengan serbuk kari, jintan putih, jintan manis, serbuk ketumbar, cili padi, cili merah, bawang merah, garam dan gula. Kacau rata.

3. Kemudian masukkan mee segera dan gaul hingga sebati.

4. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan masukkan bahan mee tadi. Goreng sehingga masak.

5. Murtabak mee segera sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!

Kunjungi website iCook Asia di http://www.icookasia.com untuk resipi-resipi enak kami yang lain.

Follow kami di:

Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
Twitter: https://twitter.com/icookasia

Video thumbnail

Thumbnail: Murtabak Mee Segera | Try Masak | iCookAsia

iCookAsia

Senarai Video

Kongsi video ini ke: